Berhadapan dengan puluhan ribu penyokong tuan rumah Vietnam sudah mengambarkan bahawa Harimau Malaya akan tenggelam dengan sorakan dan aksi-aksi yang menghiburkan dengan corak permainan terbuka, pantas dan hantaran-hantaran pendek dengan pergerakan secara berpasukan, hantaran ke hadapan serta tekanan awal dari penyerang Vietnam sebagaimana yang dilakukan sebelum-sebelum ini.
Tetapi, itu semua tanggapan awal ramai peminat-peminat bola sepak negara dan penulis sendiri, namun realitinya setelah wisel dibunyikan, ia sungguh berbeza kerana Harimau Malaya yang menguasai permainan.
Dengan formasi 4-4-2 yang diguna pakai, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu menguasai permainan dengan 69 peratus secara keseluruhan serta menerapkan falsafah permainan yang menarik dengan ‘build-up attack’ dan hantaran-hantaran pendek dicelah-celah pemain. Namun, itu tidak semestinya memberi kegembiraan kepada Harimau Malaya.
Sebaliknya, langkah bijak jurulatih Vietnam, Park Hang Seo, dari Korea Selatan itu menyusun strategik yang berbeza apabila mereka hanya bermain secara bertahan dengan formasi 5-4-1 dan menunggu keadaan yang sesuai untuk melakukan serangan balas dan akhirnya berjaya melakukan dua jaringan yang mengesahkan kemenangan di laman sendiri.
Ini pengajaran yang berguna kepada pasukan kejurulatihan dan pemain-pemain Harimau Malaya menerusi analisa dan kajian kekuatan serta kelemahan pasukan lawan amat penting.
Ini yang ditunjukan oleh Hang Seo.
Selain itu, pemain-pemainmua juga perlu bijak dalam merancang tempo permainan dan kesabaran diri dalam melakukan serangan sebagaimana bijaknya pemain-pemain Vietnam.
Namun, daripada segi permainan, penulis perlu memuji Harimau Malaya kerana berani bermain dengan falsafah yang diterapkan oleh Cheng Hoe selain Harimau Malaya perlu bangkit dalam pertemuan dengan Myanmar nanti.