Masih ingat cemuhan yang menghujani Raheem Sterling ketika dia merengek mahu meninggalkan Liverpool pada 2015?
Daripada digelar ‘seekor anak itik hitam yang hodoh’ hinggalah dianggap ‘pemain tamak’ oleh penyokong The Reds ketika itu, dia sekadar memekakkan telinganya.
Empat tahun selepas meninggalkan Anfield pada musim panas 2015 untuk menyertai Manchester City dengan yuran £49 juta (RM264 juta), hari ini Sterling boleh merenung perjudiannya ketika itu sebagai keputusan terbaik dalam kariernya.
Dalam satu temu bual menjelang perjanjian barunya bersama City, bekas pemain Queens Park Rangers sehingga 2010 itu mendedahkan Liverpool hanyalah batu loncatan buatnya mengejar kegemilangan lebih besar.
Gagal memenangi trofi utama bersama Liverpool, Sterling mendedahkan: “Anda mahu memastikan anda bermain di peringkat tertinggi dan itu tidak berlaku di Liverpool. Demi peningkatan saya, maka saya harus berlalu pergi.
“Saya bukan mengatakan tiada pemain hebat di Liverpool ketika itu tapi ia lebih berkisar kepada keinginan saya untuk bermain dalam Liga Juara-Juara, menentang pasukan hebat seperti Barcelona,” katanya.
Semua itu bermaksud kepada musim 2015 sedangkan Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu sebelum tunduk kepada Real Madrid – dan dalam laluannya turut menyingkirkan City dan Sterling dalam kesebelasannya.
Terbaru, Sterling sudah melanjutkan kontraknya di Etihad sehingga 2023, dengan pemain berusia 23 tahun itu menyerlahkan diri selaku anggota penting dalam skuad Pep Guardiola dan barisan England kendalian Gareth Southgaate.
Berbekalkan tujuh gol dalam 14 perlawanan musim ini, dia mengisytiharkan: “Saya berasakan daripada minit pertama menjejakkan kaki di sini, ia adalah pilihan yang tepat. Ia jelas satu perpindahan yang berhasil dan saya amat berterima kasih."
Pengarah Sukan City, Txiki Begiristain, menambah: “Raheem telah meningkat dengan dramatik sepanjang dua musim lalu dan kini salah seorang pemain menyerang terbaik dalam Liga Perdana.
“Dia pantas, kuat dan cemerlang di depan gol – segala-galanya yang seorang penyerang bola sepak moden perlukan untuk berjaya.”
Jika dulu penyokong Liverpool mengejeknya seumpama ‘seekor anak itik hitam yang hodoh’, kini mereka harus mengharapkan ‘angsa emas’ ini tidak diturunkan berdepan The Reds dalam sebarang perlawanan.