Ledakan hatrik Cristiano Ronaldo ke atas Atletico Madrid menjadi topik utama berita bola sepak hari ini.
Apa tidaknya, pemain berbangsa Portugis itu muncul pemain paling banyak melakar hatrik dalam sejarah Liga Juara-Juara, iaitu sebanyak tujuh kali.
Kejayaan Real Madrid membelasah seteru setempat itu 3-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi, telah mencipta lembaran baru dalam kejayaan peribadinya sebagai pemain paling kerap mencetak hatrik di pentas berkenaan.
Secara tidak langsung, Real Madrid kini dalam kedudukan selesa menjelang pertemuan kedua separuh akhir mereka minggu depan dan ia juga boleh membantu Los Blancos untuk memberi tumpuan kepada saingan LaLiga buat seketika susulan tekanan yang diberikan oleh Barcelona di penghujung saingan.
Barca kini mendahului carta dengan perbezaan gol, namun anak buah Zinedine Zidane mempunyai kelebihan baki satu perlawanan.
Selepas muncul pemain pertama melepasi angka 100 gol dalam Liga Juara-Juara -- kini 103 gol -- ketika membenam Bayern Munich dalam pusingan terdahulu, Ronaldo sekali lagi mencuri tumpuan menerusi hatrik buat kali kedua berturut-turut.
Begitupun, Ronaldo bukanlah pemain pertama yang melakukan hatrik.
Sebenarnya, orang pertama yang melakukannya adalah pemain kriket dan namanya adalah H.H Stephenson.
Sukan kriket bukanlah asing buat peminat Inggeris dan mereka adalah pelopor kepada sukan itu.
Stephenson melakukannya pada tahun 1858 apabila dia menghasilkan tiga wiket dengan tiga bola dalam satu pertandingan.
Ekoran prestasi hebatnya itu, Stephenson kemudian dihadiahkan sebuah topi hasil daripada wang sumbangan yang dikumpulkan bagi mengenang pencapaiannya itu.
Hanya selepas beberapa tahun, gelaran hatrik dalam bola sepak pula mula diperkenalkan.
Pada era itu, untuk meraih hatrik bukannya mudah. Ini kerana seseorang pemain itu perlu menjaringkan rentetan tiga gol dalam tiga perlawanan, barulah ditabalkan gelaran itu.
Lama kelamaan, kriteria itu dilonggarkan.
Untuk rekod, Ronaldo juga memegang gelaran penjaring hatrik terbanyak dalam sejarah LaLiga dengan melakukannya sebanyak 32 kali, dan kali terakhir dia melakukannya adalah ke atas Atletico, iaitu pada 19 November 2016!