Ketika kejohanan grand slam Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, Roger Federer pernah ditanya oleh seorang peminat cilik, kenapa dia dipanggil The Goat. Malah, peminat itu turut mengaitkan adakah kambing merupakan binatang ternakan popular di Switzerland, tempat kelahiran Federer.
Mungkin peminat itu tidak mengerti maksud di sebalik ‘GOAT’ itu. Ia sebenarnya akronim yang bermaksud ‘Greatest of All Time’ ataupun dalam bahasa Melayunya, terhebat sepanjang zaman.
Ia cukup sinonim dengan Federer, dengan para peminat, media mahupun bekas atlet tenis yang akan meletakkan tanda pagar ‘#goat’ jika mereka memuji pemain Switzerland itu di laman sosial.
Apa tidaknya, pada 16 Februari 2018, Federer, pada usia 36 tahun dan 195 hari, kembali menjadi pemain tenis nombor satu dalam ranking dunia, sekali gus memadam rekod dipegang Andre Agassi.
Kejayaan itu dianggap cukup bermakna, apatah lagi pada usia hampir 37 tahun, Federer masih mampu mengekalkan prestasi di peringkat tertinggi.
Kali terakhir Federer, pemegang rekod 20 gelaran grand slam pernah meraih ranking tertinggi dunia adalah pada tahun 2012.
“Rupa-rupanya, saya pemain tertua yang pernah menduduki ranking nombor 1 dunia. Seseorang menyatakannya kepada saya tetapi mungkin saya tidak perasan kerana mengalami masalah pendengaran,” seloroh Federer dalam laman sosial Twitternya beserta emoji orang tua.
“Ia perjalanan yang panjang, kadangkala berangin, tetapi saya berasakan pasti akan kembali semula di atas. Saya gembira diberikan kesihatan yang baik dan bermain tenis setiap hari,” tambahnya lagi.
Beberapa pemain legenda, antaranya Boris Becker, Rod Laver malah Agassi sendiri, mengucapkan tahniah di atas pencapaian Federer ini.

2018 baru masuk bulan Februari tetapi Federer sudah mengecapi dua kejuaraan, grand slam Terbuka Australia dan yang terbaru, Terbuka Rotterdam.
Kini Federer memegang rekod 97 gelaran, masih mampu untuk mengejar 109 gelaran yang dipegang legenda Amerika Syarikat, Jimmy Connors, dalam era tenis moden.
Dengan pencabar terdekat seperti Novak Djokovic, Andy Murray dan Rafael Nadal berdepan siri kecederaan dan masalah prestasi, tidak mustahil untuk Federer menambah koleksi gelaran dalam kejohanan-kejohanan tenis akan datang.