Skip to main content

Bola Sepak

Konsep PPV Liga A1 Semi-Pro terima sambutan

j

Konsep pay-per-view (PPV) yang ketika ini diguna pakai Liga A1 Semi-Pro dilihat sebagai langkah progresif dalam membudayakan cara baharu peminat menonton perlawanan bola sepak tempatan dengan lebih mudah dan fleksibel.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bolasepak Amatur (AFL), Raimi Fakri Mohd Fuad, menjelaskan bahawa inisiatif itu menerima sambutan positif, terutama dengan sokongan kuat daripada penyokong Kelantan The Red Warrior yang disifatkan sebagai antara pencetus utama kebangkitan semula konsep tersebut.

Advertisement

Menurutnya, model PPV bukan sahaja memberi akses lebih mudah kepada penyokong untuk menonton perlawanan Liga A1, malah turut membuka ruang baharu untuk penjanaan pendapatan kepada pihak liga dan kelab yang terlibat.

"Sebenarnya ia sudah mencapai sasaran.

"Selepas dibahagikan di antara AFL dan pasukan, ada sedikit keuntungan.

"Pulangan ini akan lebih banyak dengan sesebuah pasukan itu mempunyai penyokong yang ramai," katanya.

Dalam perkembangan lain, Raimi memberi jaminan Perlis GSA tetap akan meneruskan baki saingan liga musim ini walaupun mencetuskan kontroversi dengan hanya menurunkan lapan pemain ketika bertemu Kelantan WTS.

Ia mendorong perlawanan dihentikan, situasi itu memberi gambaran bahawa pasukan dari utara tanah air itu bakal mengikut jejak Machan FC yang menarik diri susulan tidak mempunyai pemain yang mencukupi.

"Perlawanan melibatkan Machan tidak dapat dimulakan langsung tapi dalam kes Perlis GSA, tiada masalah kalau lapan pemain dapat teruskan perlawanan dan kami akan hantar surat tunjuk sebab untuk mengetahui masalah yang berlaku," katanya. 
 

Must Watch Video