Peminat sukan permotoran di seluruh negara pastinya sedang tersenyum menerima perkhabaran gembira dari Jepun tentang kejayaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, menamatkan perlumbaan di Litar Motegi selaku pelumba ketiga terpantas tapi tunggu dahulu, ada lagi berita gembira dari anak jati Selangor ini.
Tiga, nombor yang agak baik buat Hafizh ketika ini walaupun pelumba yang sinonim dengan gelaran Pescao atau The Fish ini menggunakan gandaan 5 pada jentera tunggangannya. Podium pertama yang diraihnya di Jepun adalah yang ketiga sepanjang Hafizh beraksi di saingan Moto2.
Mana mungkin kita lupakan, kenangan manis Hafizh meraih podium sulung di Litar Antarabangsa Sepang ketika bergelar pelumba Wildcard pada 2012. Rezeki sememangnya sudah tertulis, Hafizh yang tamat di kedudukan keempat kemudiannya diangkat ke tempat ketiga selepas pemenang di kedudukan itu dibatalkan.
Dua, jumlah podium yang direkodkan pelumba yang lahir pada 5 Mei 1994 ini bagi musim 2017. Litar San Marino menjadi saksi linangan air mata kegembiraan dititiskan Hafizh sebaik menamatkan perlumbaan pusingan ke-13 di tempat ketiga. Tetapi pelumba Petronas Raceline ini enggan membiarkan pencapaian terbaiknya itu sekadar diulangi dua kali dan melakukannya lagi selepas 1 bulan 5 hari di negara yang berkongsi benua dengan Malaysia iaitu Jepun, di belakang dua pelumba Sepanyol, termasuk Alex Marquez yang membawa nama abangnya selaku juara dunia 3 kali.
Namun siapa sangka, apa yang terjadi di Sepang juga terulang di San Marino tetapi dalam versi yang lebih baik. Tempat ketiga kini menjadi kedua selepas keputusan terbaru yang diumumkan pada Ahad, menyingkirkan kemenangan dari tangan Dominique Aegerter.
Satu, hujan menjadi antara sebab utama yang menyaksikan Hafizh pamer aksi luar biasa di litar. Tidak kira di mana dia berada, litar yang basah seakan menerbitkan keyakinan untuk dia pamer tunggangan sebenar. Berani, tatkala pelumba lain memperlahankan jentera. Yakin memintas, tatkala pelumba lain bergelut mengimbangkan kelajuan dan permukaan litar.
Buktinya, hujan mengiringi air matanya di Sepang, begitu juga di San Marino. Di Jepun pula, kekerapan hujan yang berlarutan kira-kira seminggu meniupkan harapan buat Hafizh tatkala melangkah di Litar Motegi dan ternyata, persediaannya berbaloi.
Kini, satu lagi harapan adalah menyaksikan pemuda dengan ketinggian 180 sentimeter ini beri berita gembira kepada penyokong tanahair 29 Oktober nanti. Sebelum tarikh itu, satu lagi persoalan akan terjawab. Apakah benar Hafizh akan menyertai SIC Racing Team musim hadapan?
Jika benar, Pescao akan terus beraksi di Moto2 untuk sekurang-kurangnya setahun lagi kerana pasukan ini hanya mensasarkan untuk menghantar pelumba Malaysia ke saingan utama pada 2019.
Gambar kredit: AFP