Skip to main content

Rencana

‘Silent killer’ strategi bunuh calon berwibawa pemilihan FAM

6217tmj.jpg
Perjalanan pemilihan kepemimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kongresnya yang akan berlangsung pada 25 Mac depan, semakin hangat diperkatakan baik di media perdana ataupun media sosial.

Pelbagai spekulasi dan susunan strategi dirancang oleh calon-calon yang tersenarai dalam pemilihan itu nanti.

Ada calon yang sudah memberi kata dua kepada perwakilan untuk memberi sokongan kepada siapa, ada juga perancangan secara senyap "silent killer" yang telah diatur oleh pihak-pihak tertentu mengunakan platform parti politik untuk menggagalkan lawan mereka dan ada juga yang tidak duduk di pihak mana-mana. 

Ini semua mungkin susunan strategi dan polemik yang telah diatur serta dirancang oleh mereka yang terlibat bagi  memastikan hasrat mereka untuk melihat ‘orang mereka’ berjaya dipilih.

Namun, dalam ruangan kali ini, penulis ingin memberi fokus kepada jawatan naib presiden FAM. 

Jawatan ini juga merupakan tunjang kekuatan dalam urusan pentadbiran FAM yang akan bersama-sama bakal presiden dan timbalan presiden baharu untuk merealisasi dan melaksanakan apa yang telah dirancang mengikut misi dan visi pemimpin-pemimpin tertinggi mereka nanti serta memberi idea-idea baharu.

Ada muka lama dan baharu yang dicadangkan oleh ahli-ahli gabungan untuk jawatan naib presiden ini. 

Satu pendekatan yang menarik untuk dinilai daripada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat kajian latar belakang terlebih dahulu tentang pengalaman yang ada pada setiap calon yang dicadangkan. 

Adakah individu-individu ini layak untuk dipilih, terutama muka-muka baharu seperti Mohd. Joehari Mohd Ayob, Datuk Rosmadi Ismail serta Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman (Pengerusi Liga Bola Sepak Rakyat dan Naib Presiden Felda FC), terutamanya, yang mempunyai pengalaman luas dalam mengurus tadbir korporat dan mampu berbicara dalam lima bahasa. 

Jadi, kita nantikan siapakah yang dipilih oleh perwakilan bagi mengisi tiga kersi naib presiden FAM bersama-sama ketua baharu membina landskap baharu bola sepak negara.
 

Advertisement

Must Watch Video