"Pada 2014, ketika kami mula mendominasi Liga Hoki Malaysia, cabaran agak mudah. Tapi, sekarang kami hampir tewas di tangan beberapa pasukan...bukan hanya KLHC saja."
Itu komen pertama jurulatih Terengganu Hockey Team (THT), Sarjit Singh, selepas menjuarai Piala TNB buat kali keempat berturut-turut.
Ternyata, pada musim ini, THT terpaksa bergelut untuk mempertahankan Piala TNB.
Pada separuh akhir pertama, mereka seri, 4-4 menentang Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) sebelum mengatasi The Young Guns pada aksi timbal balik.
Final, KLHC mendahului 3-1.
Begitupun, sikap tidak mengaku kalah bantu THT untuk menyamakan kedudukan, mengheret perlawanan ke penalti shoot out sebelum muncul juara dengan kemenangan, 5-4.
"Saya akan merombak pasukan ini musim depan. Kami perlu dapatkan beberapa pemain import yang lebih berkualiti. Jika perkara ini tidak dilakukan, saya bimbang kami akan berdepan masalah besar musim depan," kata Sarjit.
Antara beberapa pemain import, ternyata kehadiran pakar pukulan sudut penalti Korea, Jang Jong Hyun paling berkesan.
Dia muncul penyelamat THT apabila meledak tiga gol pada final, muncul penjaring terbanyak musim ini dengan 28 gol selain diumumkan pemain terbaik perlawanan akhir.
"Saya akan kembali ke Korea dan berkongsi pengalaman manis ini. Saya akan mengajak mereka menyertai Liga Hoki Malaysia musim depan tidak kira bersama pasukan mana kerana ia antara liga terbaik dunia," kata pertahanan itu.
Selain Jong Hyun, THT juga bertuah kerana dua penyerang kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil dan Firhan Ashaari, mendominasi senarai tiga teratas penjaring terbanyak musim ini.
Malah, saya percaya mana-mana pasukan akan kecut perut melihat kesebelasan utama THT yang turut dibarisi perancang utama kebangsaan, Fitri Saari, Shakeel Butt (Pakistan), Mohd Hafizuddin Othman (penjaga gol negara) dan Azlan Misron (pertahanan).
Ternyata, pelaburan hampir 3 juta ringgit daripada Kerajaan Negeri Terengganu membuahkan hasil apabila setakat ini, THT masih lagi memegang status "Raja Liga Hoki Malaysia" sejak 2014.