Siapa lagi yang layak memakai lilitan ketua pasukan selepas pemergian Wayne Rooney ke Everton? Sudah tentu, Michael Carrick. Satu-satunya pemain senior yang masih bersama skuad utama The Red Devils selepas perpindahan dan persaraan pemain-pemain yang sezaman dengannya.
459 kali beraksi dengan memenangi lima kejuaraan liga perdana, piala FA dan liga juara-juara Eropah sudah cukup membuktikan betapa berbaloinya keputusan yang dibuat 12 tahun lalu meninggalkan Tottenham Hotspurs untuk menyertai Manchester United.
Pemain yang berasal dari Wallsend itu kini memeterai kontrak sambungan selama setahun untuk kekal sehingga Jun 2018. Carrick yang kini berusia 35 tahun bakal membimbing pasukan yang dianggotai nama-nama besar seperti David De Gea, Paul Pogba, Ander Herrera dan juga Romelu Lukaku.
Biarpun jarang beraksi dalam kesebelasan utama untuk musim 2016/2017 atas faktor kecerdasan dan kebanjiran pemain muda, namun kerjayanya secara keseluruhan wajar diberikan pujian. Dayang percaya bukan mudah untuk kekal beraksi di kelab yang kompetitif ditambah pula saingan secara sihat bersama rakan sepasukan akan sentiasa hadir.
Cuma Dayang sedikit terkilan apabila melihat rekod Carrick di pentas antarabangsa. Bukan tidak berkualiti atau tidak layak berada dalam skuad utama 'The Three Lions', cuma senarai pemain tengah yang sezaman dengan Carrick bukanlah calang-calang. Individu seperti Steven Gerrard dan Frank Lampard adalah antara pesaingnya di pentas antarabangsa.
Secara peribadi, Dayang merasakan ini mungkin tahun terakhir Carrick beraksi di United memandangkan faktor usia untuk bersaing dengan pemain tengah lain. Apapun, Dayang percaya pengalaman yang dimiliki Carrick bakal membantu skuad bimbingan Jose Mourinho bagi menghadapi saingan musim 2017/18.