Selepas umum mengetahui Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul sebagai juara Liga Super, segala perhatian terarah kepada persaingan di zon penyingkiran yang sehingga kini sukar diramalkan.
Menolak kedudukan Kelantan dan Perak yang hanya perlukan satu mata daripada dua perlawanan untuk mengesahkan status Liga Super pada musim depan, tumpuan persaingan kini membabitkan lima pasukan -- PDRM, Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu dan Pahang.
Pahang yang diramal akan tersingkir lebih awal, secara tiba-tiba bangkit pada aksi terakhir membenam Selangor dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Shah Alam, tiga mata yang boleh dilabel mengejutkan.
Biarpun berada di tangga tercorot dengan 17 mata, peluang skuad kendalian Razip Ismail ini masih terbuka kerana bakal bertemu Pulau Pinang, yang hanya dipisahkan dua mata.
Jika menang dalam pertemuan di Stadium Darulmakmur, Pahang boleh mendaki kedudukan lebih baik dan boleh mengesahkan tempat mereka jika mengejutkan T-Team di Kuala Terengganu.
Peluang sukar buat Pahang turut dikongsi jiran Pantai Timur mereka, Terengganu, yang begitu tersepit kerana terpaksa berdepan Kedah di Gong Badak pada 24 September ini.
Skuad Penyu tidak boleh tewas kerana menanti mereka pada aksi terakhir ialah Pulau Pinang yang turut bergelut melepaskan diri daripada zon penyingkiran.
Satu malapetaka besar sekiranya Terengganu tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas pada awal musim, diramal mampu mencabar kejuaraan Liga Super kerana mempunyai ramai pemain berpengalaman dan import berkualiti.
Buat Pulau Pinang, selepas cemerlang tidak tewas enam perlawanan di bawah kendalian Nenad Bacina, secara tiba-tiba hilang momentum apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga aksi terakhir.
Hanya satu mata daripada tiga perlawanan, mereka mungkin masih boleh menarik sedikit nafas lega kerana bakal bertemu Pahang dan Terengganu, bermakna mereka masih boleh menentukan nasib sendiri.
Cuma kegagalan Ranti Martins memenuhi jangkaan selaku penjaring terbanyak Liga India dengan aksi di bawah tahap sebenar serta kecederaan jangka panjang S. Kumaahran membuatkan Pulau Pinang tidak mampu berada di tahap terbaik dalam dua perlawanan mendatang.
Sarawak juga berada dalam bahaya kerana 20 mata yang mereka miliki jauh daripada zon selamat jika dilihat pada dua perlawanan yang mereka akan lalui.
Aksi dengan PDRM di Stadium Negeri pada Oktober, perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buah David Usop selain cuba mencuri satu mata di Jengka apabila berdepan Felda United.
Tidak dilupakan ialah PDRM yang mempunyai 21 mata dan apa yang mereka perlukan ialah mengelak kekalahan dalam dua perlawanan mendatang untuk memastikan mereka berada dalam 10 pasukan terbaik Liga Super.
Secara teorinya, nyata sukar memilih dua pasukan yang akan tersingkir atas faktor prestasi kurang konsisten ditampilkan setiap pasukan.