Sesal kemudian tidak berguna lagi dan itulah jua yang didapati Sergio Ramos sejurus Real Madrid yang diketuainya ditunjukkan pintu keluar daripada Liga Juara-Juara semalam.
Daripada reputasi selaku juara Eropah tiga musim berturut-turut – tiada pasukan lain pernah melakukannya – Los Blancos dikerah mengucapkan salam berundur seawal pusingan 16 pada ketika Ramos tidak pun mampu berbuat apa-apa untuk membantu mengubah keadaan.
Berbanding awalnya ia dirasakan sebagai kebijaksanaannya, ia kesudahannya terserlah sebagai kebodohannya sendiri yang membawa kepada kekalahan 4-1 di tangan Ajax di Santiago Bernabeu, lantas agregat 3-5.
Sepanjang lebih sedikit daripada 90 minit aksi kedua pusingan 16 itu, Ramos hanya dapat menonton dengan penuh geram bagaimana rakan-rakan sepasukannya berhempas-pulas diperbudakkan oleh barisan muda dari Belanda itu.

Namun, pada masa yang sama, kapten Real Madrid itu hanya dapat menyalahkan diri sendiri.
Menyengajakan kutipan kad kuning pada penghujung perlawanan peringkat pertama di Amsterdam, 13 Februari lalu, yang menyaksikan Madrid tewas 1-2, Ramos menyangka dia hanya akan terlepas pertemuan timbal-balik semalam tapi akan bebas untuk saingan peringkat suku akhir dan seterusnya.
Ada dua kesilapan jangkaannya. Pertama, gara-gara keceluparan mengakui kad kuning di Arena Johan Cruyff, Amsterdam itu disengajakannya, Ramos dikenakan penggantungan tambahan satu perlawanan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Kedua, jangkaannya Madrid akan mampu menterbalikkan keputusan di Bernabeu turut meleset dengan perbezaan dua gol daripada segi agregat.
Pengurus Madrid, Santiago Solari, mengakui selepas kekalahan awal pagi semalam bahawa ketiadaan Ramos untuk mengemudi benteng memberikan perbezaan ketara.
“Sudah tentu,” katanya kepada Movistar ketika ditanya sama ada pasukannya terasa kehilangan Ramos. “Tanpa memburukkan mana-mana pemain, sudah tentu kami terjejas tanpa kapten kami.”
Seakan-akan menambah garam kepada luka Madrid, timbul pula satu laporan yang mendakwa ia sebenarnya sesuatu yang dirancang Ajax untuk Ramos digantung bagi pertemuan kedua pusingan 16 itu.
Penyerang muda Ajax, Kasper Dolberg, mendakwa memang niatnya untuk memancing Ramos agar melakukan kekasaran ke atasnya dalam pertemuan 13 Februari lalu bagi memudahkan lagi tugas mereka dalam pertemuan kedua.
Ia digambarkan kononnya di sebalik tuan rumah itu menyerang balas ketika ketinggalan 1-2, namun ikhtiar untuk membuat Ramos digantung turut menjadi objektif mereka ketika itu.
"Klaas-Jan Huntelaar menyuruh saya untuk membawa bola mendekati Ramos dengan jangkaan dia akan melakukan kekasaran dan akan digantung (untuk pertemuan kedua),” penyerang antarabangsa Denmark berusia 21 tahun itu dipetik sebagai memberitahu TV3 Sport Belanda.
Terpulanglah sama ada ia ‘harga’ yang murah atau mahal yang harus dibayar Ramos atas kerakusannya – termasuk mencederakan Mohamed Salah dalam final Liga Juara-Juara musim lalu – dengan yang terbaru, menyiku muka Lionel Messi dalam El Clasico di Bernabeu, Ahad lalu.
Dalam tempoh seminggu yang sarat bencana, Madrid hilang kesemuanya – peluang dalam Copa del Rey, LaLiga dan Liga Juara-Juara.
Lebih memedihkan, mereka hilang rasa hormat terhadap sebuah pasukan gergasi Eropah yang sebelumnya dikagumi dan disanjungi.