Joey Loh Zhiayi hanya berusia 19 tahun ketika mengalami masalah penglihatan. Mata kirinya mengalami masalah retina ekoran kemalangan ketika berlatih di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada Disember 2016.
Kesannya, anak mata Zhiayi jatuh sekali gus menjejaskan penglihatan.
Situasi makin buruk apabila terbabit dengan isu gangguan seksual hingga keluarga mintanya meninggalkan kem terjun negara.
Dia terpaksa memendam perasaan terutama apabila menyaksikan kehebatan rakan sepasukan di media
sosial atau media arus perdana.
Apa yang menarik, Zhiayi tidak patah semangat.
Dia terus berlatih secara sendirian atau kadang-kala menumpang tunjuk ajar jurulatih terjun Kuala Lumpur di Cheras. Proses itu berlangsung selama dua tahun sebelum Zhiayi tampil di khalayak ramai, September lalu.
Penerjun Wilayah Persekutuan ini cemerlang raih dua pingat emas sekaligus bermula titik kebangkitannya.
"Kejayaan itu membuka mata bahawa saya masih lagi yang terbaik di negara ini, sekurang-kurangnya untuk peringkat usia bawah 21 tahun. Saya tahu peluang masih ada untuk mewakili negara".
"Saya gembira apabila dipanggil ke dalam skuad kebangsaan untuk menyertai Grand Prix Fina di Kuala Lumpur sekaligus tugas pertama sejak meninggalkan rakan sepasukan," katanya.
Kali terakhir Zhiayi mewakili negara ialah Grand Prix Fina di Kuching, Sarawak (Disember 2016) dan
kejohanan sama jadi platform kepulangannya ke dalam skuad negara.
Dia akan beraksi dalam acara 3m papan anjal individu dan terjun seirama bergandingan bersama penerjun muda, Ong Ker Ying.
Negara pencabar ialah China, Australia, Crotia dan Singapura.
"Saya tidak letak sasaran tinggi. Saya harap untuk layak ke final dalam kedua-dua acara. Ia lebih baik
berbanding meletakkan tekanan kepada diri sendiri untuk menang pingat," katanya.
Sepatutnya, Zhiayi pengganti kepada Pandelela Rinong.
Dia pernah menang 1 perak 1 gangsa Sukan Olimpik Remaja 2014 (Nanjing, China) - kurang sedikit berbanding pencapaian Pandelela pada Olimpik Remaja 2010 Singapura (2 perak).