Jika kita mengikuti setiap perlawanan di WWE, pastinya kita akan mengambil maklum tentang kepelbagaian corak serta format perlawanan unik melibatkan para bintang WWE. Jika sesebuah sengketa itu tidak mampu diselesaikan melalui perlawanan berlandaskan undang-undang biasa secara satu lawan satu, stipulasi istimewa akan dirangka bagi membawa konfrontasi itu ke tahap yang lebih ekstrim dan ganas.
Salah satu perlawanan ganas yang menjadi ikonik buat para WWE Universe merupakan perlawanan yang diadakan di dalam sangkar besi gergasi yang diberi nama Hell In A Cell. Bersesuaian dengan namanya, ia menjadi medan tempur tanpa belas kasihan buat bintang yang beraksi di dalamnya.
Manakan tidak, bukan sahaja besi setinggi 20 kaki dan seberat 20 tan mampu menjadi senjata ampuh bagi melemahkan pihak lawan, malah tiada sebarang sekatan mahupun peraturan yang boleh digunapakai, memungkinkan mereka yang bertarung di dalam sangkar ngeri ini bebas melakukan apa sahaja.
Tahun 2018 ini menandakan telah 21 tahun sangkar yang penuh derita ini menjadi penambah rasa di WWE. Membuat kemunculan pertama di acara WWE Bad Blood pada 5 Oktober 1997, Shawn Michaels telah menewaskan The Undertaker bagi merebut tempat sebagai pencabar utama Kejuaraan WWE milik Bret “The Hitman” Hart ketika itu.

Tidak cukup dengan aksi penuh berlumuran darah antara kedua bintang lagenda ini, ia juga mencipta sejarah yang tersendiri apabila Kane turut membuat penampilan sulung dengan menyerang abangnya The Undertaker, menyebabkan The Deadman berputih mata dan menjadi titik tolak perseruan antara kedua beradik ini. Sebagai peminat, sudah tentu masih terngiang-ngiang di telinga kita suara Vince McMahon yang menjadi pengulas perlawanan waktu itu, “It’s gonna be Kane! It’s gonna be Kane!” yang mana sebelum itu para peminat telah dimomokkan oleh Paul Bearer dengan kisah bagaimana adik kepada Undertaker ini telah mati terbakar dalam satu kebakaran semasa zaman kanak-kanak mereka.
Berselang tidak sampai setahun kemudian, sejarah tercipta lagi dalam perlawanan Hell In A Cell. Masih lagi melibatkan The Undertaker di mana kali ini beliau berhadapan dengan seteru utamanya Mick Foley yang ketika itu membawa persona Mankind. Berlangsung di acara King Of The Ring 1998 pada tanggal 28 Jun 1998, perlawanan Hell In A Cell ini bertukar kepada Hell On A Cell apabila kedua bintang veteran ini mengambil keputusan untuk bertarung di atas sangkar berketinggian 20 kaki itu.

Tindakan Undertaker melontar Mankind ke bawah menyebabkan lagenda gusti tempur lasak terjunam lantas terperosok ke bawah meja pengulas. Tidak cukup dengan itu, Mankind yang diiring keluar oleh pasukan perubatan dan pegawai WWE, enggan mengaku kalah dan memanjat semula puncak sangkar bagi mendapatkan Undertaker yang sedang sabar menunggu tindakan seterusnya lawannya itu.
Ibarat nangka busuk, satu chokeslam keras menyebabkan Mankind terhempas kuat di lantai gelanggang. Kerusi besi yang dipegang Mankind juga mengenai diri sendiri sehingga gigi depannya patah dan terselit di lubang hidungnya. Aksi makin mengerikan apabila Mankind yang masih berdegil mengeluarkan sebuah beg yang penuh berisi paku tekan dan sekali lagi ia memakan diri.
Perlawanan ganas ini begitu diingati dan menjadi penanda aras kepada perlawanan-perlawanan Hell In A Cell seterusnya. Ia menjadi perlawanan yang dipenuhi dengan kasi berlumuran darah, penggunaan senjata asing dan banyak lagi elemen yang mengerikan.
Pasca perlawanan, Vince McMahon yang begitu bimbang dengan kondisi Foley menyatakan yang beliau menghargai apa yang dilakukan oleh bintang tersebut, namun mengingatkan agar jangan sesekali mengulanginya kerana khuatir ia akan menjadi ikutan bintang lain sehingga mendatangkan risiko kecederaan yang tinggi.
Sememangnya nama Undertaker begitu sinonim dengan Hell In A Cell. Untuk rekod, bintang berusia 53 tahun ini merupakan individu yang paling banyak terlibat dalam perlawanan ini iaitu sebanyak 14 kali dengan rekod 8 kemenangan. Beliau diikuti oleh Triple H iaitu 9 penampilan dengan memenangi 6 perlawanan. Justeru, tidak peliklah apabila perlawanan melibatkan mereka berdua mampu menjadi sebuah perlawanan Hell In A Cell yang epik apabila keduanya bertemu di acara WWE Wrestlemania XXVIII pada April 2012.

Memasuki era tahun 2008, perlawanan Hell In A Cell mula menunjukkan sedikit belas kasihan di mana aksi ganas keterlaluan sudah berkurangan lantaran perubahan rating TV14 kepada PG. Namun ia tetap menjanjikan sebuah perlawanan mendebarkan sehingga mampu membuatkan para penonton tidak senang duduk.
Aksi-aksi berani mati seperti apa yang dilakukan oleh Shane McMahon yang cuba melakukan jatuhan siku ke atas Undertaker dari puncak sangkar di acara Wrestlemania 32 pada tahun 2016 antara babak yang membuktikan yang perlawanan ini masih berada dalam kelasnya yang tersendiri. Dan sejarah tercipta lagi apabila buat pertama kalinya, dua penggusti wanita turut menguji ketahanan fizikal mereka menyaksikan Charlotte Flair menewaskan Sasha Banks bagi mempertahankan Kejuaraan Wanita Raw di acara Hell In A Cell tahun yang sama.

Tahun ini, acara WWE Hell In A Cell bakal meneruskan tradisinya apabila bakal bersiaran pada pagi Isnin ini, 17 September 2018 secara langsung melalui rangkaian WWE Network. Setakat laporan ini ditulis, dua perlawanan telah dimuktamadkan akan mengambil tempat di dalam sangkar Hell In A Cell.
Jeff Hardy berpeluang untuk melunaskan dendamnya terhadap Randy Orton. Manakala Kejuaraan Universal WWE pula akan menjadi taruhan melibatkan Braun Strowman dengan sang juara Roman Reigns. Menariknya, perlawanan ini akan diadili oleh pengadil undangan istimewa iaitu mantan Pengurus Besar Raw yang juga individu paling diingati untuk perlawanan ini. Siapa lagi kalau bukan Mick Foley sendiri yang telah menempa nama dan sejarah dalam perlawanan seumpamanya ini.

Siapa pun yang bakal beroleh kejayaan kelak adalah soal kedua. Yang penting, para WWE Universe pastinya mendambakan aksi-aksi mendebarkan dalam setiap perlawanan yang bakal dipertontonkan di dalam sangkar besi yang penuh azab dan derita ini.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan acara WWE Hell In A Cell pada 17 September depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,