Kemasukan B. Sathianathan dalam pasukan Selangor bertepatan dengan keperluan pasukan itu.
Selepas insiden pusingan "U" daripada ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, Selangor seakan-akan hilang arah dalam mencari teraju utama pasukan itu bagi menghadapi musim 2019.
Buat Sathianathan pula, kegagalan majikan lamanya, Felda United, memenuhi tuntutannya mengakibatkan dia meninggalkan pasukan yang dibimbingnya selama hampir dua tahun itu.
Simbiosis dalam istilah sains membawa maksud perkaitan hidup di antara dua atau lebih organisme yg berbeza (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Istilah itu bertepatan dalam menjelaskan keperluan di antara Selangor dan Sathianathan.
Selangor tanpa ketua jurulatih dan Sathianathan pula tiada pasukan untuk dibimbing.
Keadaan yang saling memerlukan mendorong kepada penyatuan mereka dalam menghadapi musim baru 2019.
Selangor gagal mencipta rekod cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Mereka gagal di bawah kendalian P. Maniam dan jurulatih sementara, Nazliazmi Nasir, turut tidak dapat memberikan impak yang besar.
Pencapaian terbaik yang mampu dibanggakan Gergasi Merah hanyalah sebagai naib juara Piala FA.
Selain itu, mereka hanya menamatkan Liga Super di tangga kelapan dan terkandas dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Rekod Sathianathan bersama Felda United jauh lebih baik jika dijadikan perbandingan.
Mereka menamatkan saingan Liga Perdana selaku juara dan mara ke suku akhir dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia.
Dengan penyatuan itu, mampukah Sathianathan menjadi penyelamat Selangor bagi musim depan?
Berdasarkan rekod peribadi, pengendali kelahiran Perak itu pernah menjulang kejuaraan Piala Malaysia bersama Kelantan pada 2010.
Dia juga pernah meraih dua kejuaraan Liga Perdana pada 2012 (ATM FA) dan 2018 (Felda United).
Status sebagai bekas pengendali kebangsaan menyaksikan dia pernah menjulang piala Pesta Bola Merdeka 2007 selain muncul naib juara, setahun selepas itu.
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebelum ini mencanangkan status itu sudah cukup untuk meyakinkan penyokong dalam menerima pelantikan Sathianathan.
Jika Sathianathan mampu membutirkan sekurang-kurangnya satu kejuaraan seperti yang disasarkannya, dia pasti akan mendapat pengiktirafan tertinggi daripada penyokong Selangor.
Jika tidak, dia akan meneruskan legasi cemuhan penyokong-penyokong Gergasi Merah itu seperti yang dihadapi individu-individu sebelum ini.
Apa yang pasti, penyatuan Selangor dan Sathinathan kali ini kelihatan sebagai simbiosis menang-menang.