Setelah meraih kejuaraan Piala Jerman musim ini, Borussia Dortmund terpaksa akur dengan keputusan bahawa Thomas Tuchel yang telah mengendalikan pasukan ini selama dua tahun perlu mengucapkan selamat tinggal.
Bagi saingan Liga Jerman atau Bundesliga, Dortmund mengakhiri musim di tangga ketiga yang memberi peluang kepada mereka untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Dua tahun yang amat bermakna buat Thomas Tuchel dan Borussia Dortmund dan perkara itu diakui beliau menerusi lama Twitternya yang ada menyebut 'Sayang kerana tidak dapat meneruskan'.
Antara insiden yang tak mungkin dilupakan beliau ketika masing-masing sedang membuat persiapan aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Monaco, bas rasmi mereka dilanda letupan yang turut menyebabkan kecederaan pemain Sepanyol, Marc Bartra, yang terpaksa menjalanii pembedahan pergelangan tangan.
Namun, Tuchel berjaya membantu menenangkan keadaan anak buahnya dalam saat-saat genting sedemikian.
Pengganti Tuchel belum dikenal pasti, namun beberapa nama dikaitkan dengan Borussia Dortmund, antaranya bekas pengendali Borussia Monchengladbach, Lucien Favre.
Selain mengakhiri liga di tangga ketiga dan turut menjuarai Piala Jerman, Tuchel berjaya membawa Dortmund bermain sehingga suku akhir Liga-liga Juara musim ini sebelum tewas di tangan Monaco.