Bukan rahsia lagi betapa bangganya Dayang menjadi anak jati Bumi Kenyalang, walaupun sudah lama tinggal di Selangor namun elemen patriotisme terhadap negeri asal sendiri sentiasa terpahat di hati.
IC nombor 13 ok!
Bila disebut sahaja “Sarawak”, yang terus bermain di fikiran selalunya Laksa Sarawak, mungkin kehijauan alam semulajadi di sana, bangunan DUN di tebing sungai yang menyerupai payung besar, masyarakat yang berbilang kaum dan agama dan juga beberapa orang ikon sukan negara!
Salah satu kebanggaan terbesar Dayang menjadi anak Sarawak adalah melihat bagaimana negeri kesayangan ini telah melahirkan jaguh negara yang telah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa! Dalam artikel ini dan sempena sambutan Hari Gawai pada hari ini, Dayang akan menyenarai pendekkan atlit-atlit ini kepada tiga nama - boleh dikirakan ‘personal favorite’ ataupun kegemaran Dayang sendiri.
Tanpa sebarang turutan, inilah tiga ikon kegemaran Dayang:
Lela oh Lela - siapa yang tidak kenal Pandelela Rinong, anak Sarawak kelahiran Bau yang setakat ini sudah dua kali membuatkan rakyat Malaysia bangga menonton acara terjun di pentas Olimpik. Berketurunan Bidayuh dan lahir pada 2 Mac 1993, Ratu Terjun negara ini mencatat sejarah apabila muncul sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter platform wanita di Olimpik London 2012. Di Olimpik Rio 2016 pula, Pandelela memenangi pingat perak dalam acara 10m terjun seirama bersama Cheong Jun Hoong.
Jadi ini dia, tiga ikon Sarawak kegemaran Dayang - mungkin ada yang bersetuju dengan pilihan Dayang kali ini, mungkin juga tidak….namun apa yang penting adalah di sini, selain hendak meluahkan rasa rindu terhadap kampung halaman, Dayang juga ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada kaum Dayak di Sarawak!
Semoga sambutan kali ini bermakna di samping orang-orang tersayang!

- Watson Nyambek
- Pandelela Rinong

- Joseph Kalang Tie