Setelah seorang demi seorang mengumumkan persaraan, selepas Xabi Alonso, Philipp Lahm dan Frank Lampard pada penghujung musim 2016-17, sekali lagi dunia bola sepak digemparkan dengan perkhabaran persaraan legenda terkenal, Francesco Totti.
Walaupun tidak pernah diangkat selaku pemenang Anugerah Ballon d'Or, Totti merupakan antara pemain yang dianggap sebagai pencetus revolusi dalam bola sepak.
Totti bersama Roma sejak berusia 13 tahun. Selepas tiga tahun mengasah bakat di akademi, Totti membuat penampilan pertama dalam skuad senior pada usia 16 tahun.
Jaringan pertamanya bersama pasukan hadir pada 4 September 1994 ketika seri 1-1 dengan Foggia.
Sejak itu, Totti telah membuat 783 penampilan dan merupakan penjaring terbanyak kelab dan kini memegang rekod sebagai pemain tertua menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) pada usia 38 tahun dan 59 hari.
Karier Totti turut diwarnai kejayaan di pentas kebangsaan. Pada 2006, dia telah membantu Gli Azzuri menjulang takhta Piala Dunia di Jerman ketika menewaskan Perancis.
Dilihat seiring dengan Paulo Maldini dan Ryan Giggs, kesetiaan yang dimiliki oleh Totti merupakan satu aset kepada Roma.
Di saat kelab gagal meraih kejayaan, ia bukanlah satu peluang buat dirinya untuk keluar meninggalkan kelab.
Kali terakhir Totti akan menyarung jersi Roma adalah pada 28 Mei dalam perlawanan berdepan Genoa.