Skip to main content

Rencana

Selamat Berehat Safee!

safee-sali_1.jpg
Pemain penyerang kebangsaan dan Selangor PKNS , Safee Sali terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan retak tulang selangka di dalam perlawanan menentang Melaka United baru-baru ini.

Bekas pemain Selangor dan Johor Darul Takzim itu dijangka terpaksa berehat hampir enam minggu dan boleh kembali menjalani latihan hanya selepas dua bulan. Penulis yang mengetahui perkembangan Safee Sali menerusi laporan akhbar tempatan turut bersimpati denga nasib yang menimpa penyerang prolifik negara ini.

Dikhabarkan Safee akan menjalani pembedahan secepat mungkin dengan memasukkan besi bagi memudahkan proses pemulihan. Sebelum tercedera, Safee masih mampu membantu PKNS untuk seri ketika bertemu Melaka United dengan menjaringkan satu gol untuk mengikat keputusan perlawanan satu sama.

Penulis merasakan kecederaan yang menimpa Safee tentunya memberikan sedikit kesukaran buat E.Elavarasan bagi mencari pengganti sesuai memandangkan saingan liga bagi bulan Julai ini amat padat. Turut terpalit tentunya jurulatih baru negara, Nelo Vingada dan pembantunya Tan Cheng Hoe memandangkan Safee masih lagi tersenarai dalam skuad Harimau Malaya.

Secara peribadi, penulis mengharapkan agar penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 itu agar cepat sembuh dan segera kembali menjalani latihan bagi mendapatkan semula prestasi terbaik untuk berbakti bersama kelab dan negara. Dalam pada itu, gunakanlah masa yang ada untuk berehat secukupnya .

Selamat berehat Safee!

Advertisement

Must Watch Video