Antara yang pertama terlintas di fikiran bila sebut sahaja nama bekas pemain skuasy negara, Delia Arnold, adalah Miss Pink Socks. Delia sempat meletak hashtag #pinksocksretired dalam Instagram apabila mengumumkan persaraan baru-baru ini.
Setiap atlet ada ‘trademark’ tersendiri. Tidak kisah lah dari segi sambutan apabila menjaringkan gol ala Cristiano Ronaldo mahupun dari segi gaya rambut macam David Beckham zaman dahulu.
Ada juga yang terkenal dengan apa yang dipakai -- jenis but, jenis raket -- berdasarkan pemerhatian saya ke atas Delia pula, yang kerap kali mendapat perhatian sudah pastinya stoking merah jambu.
Wajahnya yang cantik dan tidak pernah lokek memberikan senyuman manis juga akan sentiasa diingati peminat dan rakan-rakan seperjuangan.
Sepanjang kerjaya Delia sebagai atlet, dia sangat popular di kalangan gadis-gadis. Sebab apa? Bukan mudah hendak jumpa atlet yang mempunyai nama di persada dunia dengan kejayaan yang dirangkul, dan pada masa yang sama mempunyai wajah yang boleh menghiasi kulit majalah fesyen.
Berlatih sejak usia yang muda, tidak boleh disangkal lagi betapa hebatnya Delia dalam sukan yang diceburi selama hampir 20 tahun ini.
Banyak yang boleh kita perkatakan tentang Delia dan jasanya buat negara sepanjang bergelar atlet kebangsaan, namun sejauh mana kita mengenali beliau sebenarnya? Baru-baru ini, saya sempat meluangkan masa bersama Delia untuk bertanya tentang perkembangan terbarunya semenjak bersara dari sukan skuasy.
“Delia, cuba awak kongsi sedikit beberapa 'fakta tentang Delia Arnold' yang mungkin ramai tidak tahu," tanya saya kepadanya.
“Hmm… Rasanya banyak tentang saya yang orang dah tahu. Bila dah jadi atlet, peminat dan penyokong pun dah jadi macam keluarga. Jadi tak banyak perkara tentang saya yang mereka tidak ketahui”, kata Delia yang sentiasa bersyukur dengan sokongan yang diberi selama ini.
“Tetapi rasanya tidaak ramai yang tahu nama penuh saya. Delia Odette Arnold. Ramai yang tahu nama Delia Arnold sahaja," katanya sambil tergelak.
“Oh! Dan satu lagi. Saya sangat-sangat meminati Jay Chou. Baru-baru ini suami saya bawa saya pergi ke konsert Jay Chou di Hong Kong dan saya sempat bersalam dengan dia! Rasa tak nak basuh tangan sebab sudah lama sangat saya teringin nak berjumpa Jay Chou," tambah Delia.
Ada kemungkinan kita bakal melihat Delia kekal dalam dunia skuasy yang sudah sebati dengan dirinya. Namun dengan peranan yang berbeza, Delia ditawar untuk meneruskan legasinya dalam skuasy sebagai jurulatih dan tawaran ini masih lagi dalam pertimbangan.
“Saya baru sahaja bersara dan masih mahu berehat, namun tiada sebab untuk saya menolak tawaran ini. Biarlah saya pertimbangkan dahulu," jawabnya dengan ringkas.
Di sebalik kejayaan, disiplin dan stoking merah jambu, Delia hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai minat tersendiri.
Berkeinginan untuk bercuti tanpa memikirkan tentang latihan dan juga mahu luangkan masa bersama keluarga tanpa risau akan kejohanan yang akan datang.
Memang benar, nama Delia Arnold akan terus meniti bibir peminat sukan skuasy tetapi rasanya sekarang waktu untuk Delia meneruskan kehidupannya sebagai gadis biasa.
Terima kasih Delia kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk nukilan pendek ini. Secara jujurnya, anda salah seorang atlet kegemaran saya dan mudah-mudahan Miss Pink Socks akan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi!