Skip to main content

Rencana

Sehebat Olimpian!

hafizh-syahrin.jpg
"Hafizh Syahrin Abdullah pelumba kelas perdana MotoGP pertama dari Malaysia"

Wow....saya percaya tidak akan ada seorang pun yang penat untuk mengulangi ungkapan itu sepanjang 2018.

Betapa hebatnya individu ini menterjemah imaginasi dan kemahuan kepada realiti.

Pada usia 23 tahun, Hafizh lakukan apa yang difikirkan Malaysia satu ketika dahulu sebagai mustahil.

Lebih mengagumkan Hafizh dalam situasi tekanan tinggi buktikan wibawa tanpa pengalaman mengendalikan jentera kelas perdana dalam kerjayanya apabila diberikan peluang.

Pasukan yang menyambarnya adalah Yamaha Tech 3, pasukan pembangunan kepada Yamaha MotoGP ditunjangi juara dunia tujuh kali Valentino Rossi.

Hakikat itu sahaja memadai menceritakan betapa Hafizh memiliki sesuatu yang istimewa memandangkan dia ke kelas perdana tanpa memenangi sebarang perlumbaan di Moto2.

Malaysia kadangkala obeses untuk mengukur sesuatu kejayaan sukan berdasarkan hujah atau atas dasar merit.

Secara peribadi, saya berpandangan, Hafizh tidak ada bezanya dengan atlit daripada sukan lain yang sudah buktikan kredibiliti beraksi di temasya tertinggi dunia seperti Olimpik.

Malah dia mempertaruhkan lebih daripada kudrat tenaga memandangkan sukan permotoran dua roda membabitkan elemen nyawa.

Ibarat jet pejuang kata Hafizh waktu diajukan persolan bagaimana perasaan menyusuri litar Buriram dengan jentera Yamaha YZR-M1.

Senyuman dalam tutur dia menggambarkan keghairahan yang bakal dinikmati Malaysia.

Bayangkan keterujaan apabila dia menaiki podium nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video