"Jika kesinambungan lalu terpelihara, kita sudah jadi yang terbaik sekurang-kurangnya di Asia."
Itu luahan bekas pemain polo air kebangsaan, Voon Yong Hui yang melewati era terbaik sukan polo air sebelum ambil keputusan untuk bersara 13 tahun lalu.
Tujuan Yong Hui ketika itu adalah ingin beri peluang kepada pemain baru mencipta nama bersama skuad negara namun, segalanya serba tidak menjadi bagi tempoh 12 tahun lalu membuatkan bekas pemain ini ambil keputusan untuk berkhidmat semula dengan skuad negara.
Cuma berbeza kali ini, dia kembali bersama skuad kebangsaan selaku jurulatih negara, perkara yang tidak pernah diimpikan namun itulah hakikatnya selepas dia memulakan tugas selaku pengendali sejak setahun lalu.
'Beri saya masa, dengan pencapaian pingat gangsa 2017 menerusi majoriti pemain baru dalam pasukan, saya yakin mereka lebih matang bagi tempoh 2 tahun dari sekarang.'
Setahun di bawah bimbingan Yong Hui, perubahan drastik dapat dilihat dengan jelas.
Yong Hui tidak teragak-agak untuk mencabar skuad emas edisi kali ini iaitu Singapura agar lebih bersedia untuk berhadapan kekuatan sebenar anak buahnya bagi tempoh dua tahun dari sekarang.
'Kita mampu mengatasi mereka, tunggu saja di Manila nanti.'
Di era Yong Hui, Malaysia antara pasukan yang di geruni menerusi pingat perak di Sukan Sea Bangkok 1985, gangsa di Sukan Sea Indonesia 2 tahun kemudian selain mengulangi kutipan pingat perak berturut-turut di Sukan Sea Kuala Lumpur 1989 dan Manila pada 1991.
Tiada kilauan emas di anggap kegagalan besar Yong Hui ketika itu membuatkan sudah tiba masanya tanggungjawab diserahkan kepada yang lebih layak namun percaturan Yong Hui dan rakan-rakan yang lain meleset sama sekali.
'Saya benar-benar kepingin emas Sukan Sea jika dahulu sebagai pemain saya gagal, saya tidak mahu terima kegagalan yang sama ketika menjadi jurulatih.'
Itu hasrat besar yang disuarakan Yong Hui sebelum menamatkan perbualan dengan penulis.
Tahniah untuk pingat gangsa skuad polo air, ia kebangkitan yang sempurna !