Pelbagai andaian dan spekulasi diterima bakal penolong jurulatih negara, Tan Cheng Hoe sebaik dia menyambut positif hasrat besar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu menggunakan kembali khidmatnya untuk skuad kebangsaan.
Paling terkesan apabila Cheng Hoe di label sebagai pembelot oleh sesetengah pihak yang nampaknya tidak berpuas hati dengan penghijrahan yang bakal dilakukan Cheng Hoe.
Bingung dengan situasi itu, Cheng Hoe tidak faham mengapa pihak terbabit gagal menerima hakikat, dalam apa jua situasi, kepentingan negara perlu jadi keutamaan.
" Saya tidak faham mengapa mereka begitu mudah melabelkan saya sejauh itu, sedangkan saya berbakti untuk negara dan bukannya menjual maruah Malaysia."
Mengenali Cheng Hoe, dia bukan individu yang mudah berputus asa, biarpun tuduhan itu begitu berat namun Cheng Hoe masih mampu bersabar.
Dalam masa yang sama situasi pelantikan tampuk kejurulatihan baru bola sepak negara menjadi semakin rumit ekoran isu terbaru membabitkan Mario Gomez dan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang di canang selaku jurulatih baru negara sebelum ini seolah-olah tidak sehaluan pendapat di saat akhir.
Tempias turut dirasai Cheng Hoe, yang kononnya di pilih atas dasar permintaan Gomez sendiri namun penafian Gomez di media massa pada Khamis mengejutkan ramai pihak.
Cheng Hoe sendiri tidak pasti dengan situasi sebenar membabitkan pemilihannya selaku penolong jurulatih negara namun surat tawaran dari FAM telah pun diterima Cheng Hoe pada 5 April lalu.
Pengendali ini memilih untuk berhati-hati dalam melemparkan pendapat mungkin risau ianya di salah erti pihak lain.
" Kedudukan saya sendiri pun masih dalam perbincangan, tidak kena andai saya beri komen yang belum pasti." Itu reaksi Cheng Hoe.
Di tanya adakah dia terkesan dengan penafian Gomez berkaitan pelantikannya selaku penolong jurulatih negara, Cheng Hoe menegaskan dia tidak miliki masalah bekerjasama dengan mana-mana ketua jurulatih yang bakal di lantik FAM selepas ini.
" Saya tiada masalah dengan siapa sekalipun saya bakal bekerjasama, keutamaan saya adalah ingin membantu skuad negara, dan pelantikan kali kedua selaku penolong jurulatih negara ibarat penghargaan untuk saya."
Selepas nama Gomez, nama Bojan Hodak kembali di sebut-sebut sebagai calon terbaik yang mampu mengisi kekosongan posisi ketua jurulatih negara.
Bagaimanapun penulis yakin FAM miliki lebih banyak pilihan lain yang lebih berkaliber seiring dengan hasrat besar badan induk itu yang mahu bawa perubahan besar dalam landskap bola sepak negara.