Skip to main content

Rencana

Saya bimbang -- Bojan Hodak

bojan-hodak.jpg
"Kita ada beberapa masalah, saya risau dengan kecergasan, saya bimbang mereka tidak berjaya gunakan kesempatan".

"Cuma apa yang ditonjolkan ketika kelayakan Piala AFC baru baru ini mampu jadi pengalaman terbaik mereka".

Itu adalah kerisauan yang normal buat seorang jurulatih yang fikir dari segala sudut apa yang mungkin berlaku kepada anak buahnya menjelang saingan Kejohanan Piala AFF B-19 bertemu Kemboja hari ini. 

Kecergasan pemain di bawah kendalian Bojan Hodak tertumpu kepada barisan pemain mudanya yang sudah ramai mula menyarung jersi skuad senior dalam pasukan masing-masing di peringkat negeri dan kelab.

Benar ia berita yang bagus, namun bersaing dengan pemain senior, majoriti dari mereka banyak menghuni bangku simpanan semata mata dan ini secara jelas, pemain negara B-19 kurang berhadapan aksi kompetitif.

Berlainan dengan barisan yang di miliki Hodak tahun lalu, masing-masing cukup cergas ketika di panggil ke kem latihan negara walaupun hakikatnya aksi mereka hanya di peringkat Piala Presiden.

"Saya terpaksa akui kecergasan pemain ketika ini jauh berbeza dengan kredibiliti pemain dalam saingan Piala AFF B-18, tahun lalu", Tegas Hodak

Hakikatnya kebimbangan itu tidak boleh lagi terus bermain dalam fikiran skuad B-19 negara.

Yang paling utama, kualiti yang di bawa Kemboja dengan tempoh latihan bersama sejak dua tahun lalu perlu diketepikan segera dengan memastikan mata penuh milik mereka hari ini. 

Apa jua situasi, lawan tetap lawann ! 

Semoga skuad Bojan Hodak berjaya dalam ujian pertama Piala AFF B-19 bertemu Kemboja.

 

Advertisement

Must Watch Video