Malaysia digemparkan dengan perkhabaran Datuk Lee Chong Wei berdepan pertaruhan membabitkan nyawa susulan disahakan menghidap barah hidung.
Ini pasti pertarungan yang lebih penting berbanding apa jua prestij dan gelaran yang jadi tawaran di dalam dan luar gelanggang badminton.
Sukar membayangkan bagaimana seorang atlet yang cergas dan di kemuncak prestasi fizikal seperti dia boleh diserang penyakit seperti ini.
Itulah lumrah kehidupan, cabaran yang tidak mengenal latar belakang nama dan usia.
Jika ada yang berupaya bangkit bertarung dengan ketentuan, individu itu adalah Chong Wei.
Daripada pelbagai episod kekalahan mengecewakan di pentas final Kejohanan Dunia dan Olimpik, siri kecederaan serta skandal doping yang hampir memusnahkan kerjaya, semuanya di atasi Chong Wei.
Tetapi kemenangan yang diidamkan Malaysia buat Chong Wei kali ini adalah untuk dirinya sendiri.
Malaysia sudah cukup terhutang budi dengan apa yang sudah dicapai Chong Wei dalam memartabatkan nama negara menerusi kudrat dan keringat dia.
Kalau barah ini yang memaksa dia untuk menggantung raket, maka Malaysia akan berada teguh dibelakang dia.
Begitu juga kalau kembali ke gelanggang kompetitif yang jadi dorongan maka Malaysia akan berada teguh dibelakang anda Datuk.
Ayuh Datuk Lee Chong Wei, bangkit lagi daripada satu pertarungan epik.