Skip to main content

Rencana

Sampai bila nak setia?

new-york-red-bulls-not-interested-in-schweinsteiger-deal.jpg

Bila seseorang manusia dipinggirkan, selalunya reaksi yang paling common kita lihat, adalah orang itu blah sahaja. Orang tak perlukan kita? Ciao. Orang tak include kita? Sayonara.

Mourinho tak libatkan Bastian Schweinsteiger dalam hal ehwal pasukan Red Devils?

Dia masih tweet "good luck" ataupun "big match for us".

Pihak pengurusan tidak masukkan Bastian Schweinsteiger ke dalam gambar pasukan 2016/2017?????

OUCH!!!

Tapi Schweinsteiger masih gah menyokong pasukan kesayangan setiap kali ada perlawanan, dan bukan ketika perlawanan penting sahaja.

Turun naik pasukan Manchester United, kalah menang pasukan The Red Devils.. Schweinsteiger sentiasa setia, sentiasa loyal memberikan undivided support kepada rakan-rakannya.

Baru-baru ini, kita telah melihat Scweinsteiger post gambar di laman Twitter beliau, mengatakan "Manchester Derby tonight. Looking forward to the game. Good luck guys!".

Ramai peminat yang heartbroken melihat tindakan pemain berusia 32 tahun itu.

"Dia legend! Tak patut dilayan macam ni!"

Ramai yang merasakan begitu. Apa yang betul-betul nyata, Schweinsteiger adalah prime example untuk pemain bolasepak di seluruh dunia - macamana pun masalah di bilik persalinan, apa apa pun drama di luar padang, kita kena kekal profesional dan sokongan buat pasukan haruslah sentiasa seratus peratus.

Memang benar, bukan mudah untuk peminat betul-betul mengetahui apa sebenarnya sedang berlaku di sebalik tabir. Apakah drama yang telah atau sedang berlaku....yang tidak kita ketahui?

Only time will tell what's going on.

And only time will tell, sampai bila Schweinsteiger akan terus setia. 

Advertisement

Must Watch Video