Susulan kegagalan skuad hoki lelaki negara di Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara untuk mencapai sasaran awal ke separuh akhir selepas pertemuan dengan Jepun, salah satu isu yang menjadi punca kepada situasi mereka adalah jurang yang ada di antara pemain senior dan junior pada ketika ini.
Dalam Nadi Arena edisi Khamis (19/6/2025), pakar sukan hoki negara yang juga merupakan bekas Olimpian pada tahun 1996 dan 2000, Maninderjit Singh turut menyatakan permasalahan ini.
“Jika kita lihat dari pasukan terbaik di dunia, mereka menggunakan framework 7-4-1 bermakna jika 8 pemain terbaik kini berada di usia 30 tahun, 6 pemain terbaik seterusnya harus ada dibawah mereka dengan jurang usia 3 tahun.”
“Itu bermaksud kita harus lakukan sistem ini kerana jika pemain senior bersara, impak kepada kualiti pasukan itu tidak akan memberi kesan sebab jurang nya hanya 3 tahun. Pada pendapat saya, pasukan Malaysia tidak mempunyai framework ini. Pemain yang bagus, begitu berpengalaman adalah lebih daripada 30 tahun dan pemain muda adalah sedang melalui proses yang hanya untuk mendapatkan perlawanan antarabangsa”.
“Jurang itu terlalu jauh, jadi saya harapkan pemain remaja yang akan beraksi di piala dunia remaja 2025 dan 2027 nanti akan dapat menutup atau merapatkan jurang ini dalam persiapan ke Piala dunia 2026 dan Olimpik Los Angeles 2028”.
Walaupun begitu, The Speedy Tigers tetap harus meneruskan perjuangan dalam menentang Afrika Selatan untuk setidak tidaknya menebus maruah mereka bermain sebagai tuan rumah sekaligus dalam misi buru tempat ke 5 di penentuan klasifikasi 5/8 dan ini juga amat penting bagi memastikan Malaysia dapat melonjak ke ranking dunia yang lebih baik untuk kejohanan yang akan datang.
Kesimpulannya, dilemma ini bukan hanya terjadi dalam sukan hoki tetapi juga banyak sukan di Malaysia. Ianya bukan sekdara soal taktikal di atas padang, tetapi cerminan kepada isu yang lebih besar dalam ekosistem pembangunan negara.