Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, menafikan dakwaan bahawa dia melanggar peraturan doping selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2017 menentang Juventus di Cardiff.
Satu laporan dari akhbar Jerman, Der Spiegel, mendakwa bahawa Ramos diuji positif dexamethasone, ubat anti-inflamasi terlarang oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
Dakwaan terhadap pemain berusia 32 tahun itu melibatkan dua suntikan Dexamethasone ke atas lutut dan bahunya sehari sebelum menghadapi Juventus.
Namun, hasil ujian memberitahu Ramos menerima suntikan betamethasone dan bukannya dexamethasone.
Susulan itu, doktor yang bertanggungjawab dalam rawatan Ramos (tidak dinyatakan nama), dalam surat kepada UEFA, mengatakan bahawa dia secara tidak sengaja menulis nama ubat yang salah dalam laporan doping selepas Ramos diuji.
Kedua-dua ubat itu bagaimanapun dibenarkan di bawah WADA jika pihak perubatan melaporkan secara khas di peringkat ujian. Namun begitu, tiada sebarang laporan bertulis dibuat setelah rawatan itu diberikan kepada Ramos.
Real Madrid telah meletakkan kesalahan penuh kepada doktor yang memberi rawatan kepada Ramos.
"Saya menerima rawatan perubatan standard yang diberikan oleh profesional perubatan kelab”, kata Ramos dalam satu kenyataan.
"Saya dengan tegas menentang doping, saya tidak akan bersetuju dalam apa-apa bentuk doping. Saya telah menjalani hampir 300 ujian doping sepanjang kerjaya saya dan tidak pernah gagal," kata Ramos.
Pemain berusia 32 tahun itu menyatakan tidak dia akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang cuba mencalarkan reputasinya.