Kedatangan Mohamed Salah ke Liverpool ternyata seperti memberikan lembaran baru buat The Reds dan kini dilihat sebagai tonggak pasukan yang mampu mengembalikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang didambakan sejak sekian lama.
"Mo Sa-la-la-la-lah, Mo Sa-la-la-la-lah, if he's good enough for you, he's good enough for me, if he scores another few, then I'll be Muslim too, he's sitting in the mosque, that's where I want to be."
Ini merupakan lagu penyokong Liverpool bagi meraikan persembahan memukaunya setiap kali diturunkan dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Jurgen Klopp itu.
Membantu Mesir kembali beraksi dalam Piala Dunia 2018 buat pertama kali sejak 27 tahun lalu, Salah tidak memerlukan masa yang panjang untuk menambat semula hati peminat kancah bola sepak Inggeris ini.
Salah yang dipinang Chelsea pada 2014 dari Basel, bagaimanapun, gagal mencipta sebarang impak sebelum berpindah ke Itali bersama Fiorentina dan Roma untuk meningkatkan semula tahap keyakinannya.
Sekembalinya ke England bersama Liverpool, dia membuat penyokong The Blues mengalirkan air mata ketika menyaksikan Salah 'menggelek' bola serta menyumbat gol pada musim ini.
Pemain Terbaik Afrika 2017 itu menjaringkan gol yang ke-30 ketika membenam Porto dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara (UCL), menjadikan Salah pemain Liverpool yang ke-13 dalam sejarah untuk melepasi bilangan tersebut -- kali terakhir dilakukan oleh Luis Suarez pada April 2014 sebelum berpindah ke Barcelona.
Dengan ketiadaan Philippe Coutinho yang mengambil keputusan meninggalkan Liverpool untuk ke Barca, ia bukan satu masalah buat The Reds untuk terus mempamerkan persembahan cemerlang -- gandingan Roberto Firmino, Sadio Mane dan Salah sudah memadai untuk menghantui barisan pertahanan lawan.
Aksi konsisten Manchester City ternyata sukar untuk dikejar oleh mana-mana pasukan, dengan memiliki kelebihan 16 mata ke atas pencabar terdekat, Manchester United, manakala 18 mata meninggalkan Liverpool.
Namun, tidak mustahil Klopp memiliki perancangan untuk diangkat sebagai pencabar takhta liga bagi musim depan serta memasang impian untuk meraih gelaran dalam saingan lain seperti Piala EFL, Piala FA mahupun Liga Juara-Juara (UCL).
Bagaimanapun, harus diingatkan, jentera pertahanan turut memainkan peranan besar untuk seiring dengan usaha yang telah dilakukan bahagian serangan, mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.
Pertahanan termahal dunia, Virgil Van Dijk, juga mengetahui peranannya untuk membuktikan tanda nilai seiring dengan kualiti yang dimilikinya.
Selebihnya terserah kepada Salah.
“…if he scores another few…”