Selepas lima musim, akhirnya bekas kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim akhirnya meleraikan ikatan dengan Johor Darul Takzim (JDT).
Ketiadaan Safiq dalam skuad JDT musim depan disahkan sendiri laman web rasmi kelab Johor itu pada 2 November lalu.
Penulis tidak terkejut Safiq tidak lagi bersama kelab itu memandangkan kelibat bekas pemain Selangor itu kadang kala tidak kelihatan dalam skuad JDT dalam beberapa perlawanan terkini mereka dalam saingan Piala Malaysia.
Terdapat desas desus di beberapa laman sesawang yang mengaitkan Safiq dengan beberapa pasukan Lembah Klang termasuk Selangor.
Namun, peminat dan pemerhati mungkin tidak akan mengetahui sebab utama mengapa Safiq musim ini kerap tersisih daripada skuad utama JDT.
Apa pun, Safiq kekal sebagai antara pemain tempatan terbaik di era moden kini kerana sudah merasai kesemua kejuaraan yang mampu dimenangi seorang pemain tempatan termasuk saingan Piala AFC pada 2015.
Penulis mula mengenali Safiq ketika dia berusia 17 tahun pada 2004 dan ketika itu mewakili Selangor di temasya SUKMA, Negeri Sembilan.
Potensinya sebagai seorang perancang tengah terus menyinar di saingan AFC Bawah 19 Tahun 2004 di bawah kendalian Datuk K Rajagobal.
Ia menjadi lumrah bagi seorang pemain bola sepak atau atlet yang mengalami prestasi turun naik dan Safiq juga tidak terkecuali.
Kini, dengan usia yang sudah menjangkau 31 tahun, penulis percaya Safiq masih mampu mengerah kudrat di saingan Liga Super untuk dua tiga tahun lagi.
Selain Selangor, Safiq ketika ini turut dikaitkan dengan PKNS FC dan juga kelab Thailand, Buriram United.
Mana saja haluan Safiq seleps ini, penulis berharap pemain yang sinonim dengan panggilan “Copot” di kalangan rakan sepasukannya akan kembali di tahap terbaiknya musim depan.
Penulis berharap pemain yang mengetuai barisan negara ketika menjuarai Piala Susuki AFF 2010 ini juga mampu menamatkan kerjayanya di kemuncak prestasi.