Pemain prolifik yang dikritik hebat peminat bola sepak England dan Inggeris. Turut dikritik oleh penganalisa bola sepak antarabangsa sebagai sudah tidak relevan.
Juga dikritik sudah tidak sepantas dahulu apabila buat beraksi buat kelab dan juga negara. Pemain yang dimaksudkan adalah Wayne Mark Rooney, ketua pasukan kelab Manchester United dan juga skuad kebangsaan England.
Selaku pemain yang beraksi di liga dan negara yang paling diberi tumpuan di dunia bola sepak, beban yang ditanggung oleh pemain ini tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan bekas kapten England terdahulu seperti David Beckham, John Terry mahupun Alan Shearer.
Biarpun dikritik hebat di kanan kiri atas dan bawah, pemain berprofil tinggi seperti Wayne Rooney tetap menjadi pilihan utama sama ada di kelab mahupun skuad kebangsaan.
Jika dianalisa secara teliti, biar sejuta orang mengkritik mahupun tidak berpuas hati dengan cara permainan beliau, namun Rooney masih lagi diletakkan dalam kesebelasan utama dalam pertemuan bertemu Malta yang berkesudahan England menang 2 – 0.
Jadi apakah tanda aras sebenar untuk kita menilai kualiti yang dimiliki oleh Rooney yang tetap masih menjadi tonggak utama dalam pasukan yang diwakili biarpun tidak disukai ramai ?
Ini turut terjadi bukan sahaja kepada Rooney, tetapi juga kepada pemain ternama lain seperti Hazard yang tidak berada pada prestasi terbaik namun masih menjadi pilihan utama jurulatih mereka.
Kesimpulannya, bukan mudah untuk seorang pemain hebat memuaskan hati semua pihak terutama penyokong kerana beban yang ditanggung bukanlah kecil.
Mahu beraksi dengan baik sambil ditemani tekanan , keadaan persekitaran, beban, kritikan mahupun cemuhan banyak pihak bukanlah sesuatu yang mudah. Dan buat Rooney, penulis masih percaya yang beliau akan mampu melepasi dugaan sekarang dengan baik baik sahaja.