Andai tiada sesiapa yang mahukannya atau tiada kelab yang rela membazirkan wang ke atasnya, Wayne Rooney masih boleh kekal di Old Trafford untuk semusim lagi dan menghabiskan kontraknya bersama Manchester United.
Jose Mourinho telah meninggalkan pintu yang terbuka buat penyerang itu kekal di kelab di mana dia telah menghabiskan sepanjang 13 musim lalu.
Dan Rooney, yang sebelumnya diura-urakan akan berpindah ke China, Liga Bolasepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat atau kepulangan yang tidak berkemungkinan ke Everton, masih boleh kekal di United dan menghabiskan saki-baki 12 bulannya dengan bergaji £250,000 (RM1.35 juta) seminggu.
Laporan di England mendakwa dia tidak bersedia untuk menghadapi pemotongan gaji, yang terbukti menjadi penghalang utama untuk kepulangan ke kelab asalnya, Everton, yang dikhabarkan hanya bersedia untuk membayarnya £150,000 (RM810,000) seminggu.
Akhbar Daily Mirror terbaru melaporkan Rooney sedang meningkatkan kerja kerasnya untuk meraih semula tempatnya dalam kesebelasan Mourinho musim depan.
Dilaporkan pemain berusia 31 tahun itu akan memulakan program kecergasan pra-musimnya sendiri dua minggu lebih awal daripada rakan-rakan sepasukan dalam ikhtiar untuk membuktikan kesungguhannya.
Skuad Red Devils akan kembali memulakan latihan pada awal bulan depan tetapi Rooney, sejurus kepulangan bersama keluarga daripada percutian di kepulauan Greece, mahu memastikan dirinya berada di puncak kecergasan.
Diukur daripada prestasi hambarnya musim ini, Rooney berdepan bahaya untuk terus tergelincir turun dalam senarai keutamaan, tambahan pula dengan Mourinho mahu mnandatangani seorang penyerang terbilang bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zlatan Ibrahimovic.
Bintang Real Madrid, Alvaro Morata, dilaporkan semakin hampir melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford dengan yuran melewati £65 juta (RM350 juta).
Dengan Marcus Rashford dan Anthony Martial lebih mendapat kepercayaan Mourinho, tidak sukar untuk merumuskan bahawa Rooney harus menggandakan kerja keras dan tahap kecergasannya andainya menagih lebih banyak waktu beraksi musim depan.
Barangkali satu-satu penawar buatnya ialah Mourinho masih menghargai pengalaman luasnya, dengan dia kekal pemain paling lama yang masih aktif bermain sejak mengubah haluan dari Goodison Park ke Old Trafford pada 2004.
Dikenali sebagai seorang pejuang yang tidak mudah mengaku kalah, impiannya untuk melabuhkan tirai karier panjangnya dalam Piala Dunia di Russia tahun depan, akan turut menjadi satu lagi rangsangan tambahan buatnya untuk kembali menyerlah bersama United.
“Orang sangat cepat mendesak pemain berusia dikeluarkan dari skuad England tapi dalam kejohanan utama, dalah penting anda memiliki adunan pemain muda dan berpengalaman,” kata bekas rakan sepasukan England, Steven Gerrard.
“Wayne membawa bersamanya pengalaman itu dan dia telah menjaringkan banyak gol di peringkat antarabangsa dan itu sesuatu yang sukar digantikan.
“Sudah tentu dia mengharungi musim yang hambar sebelum ini tapi dia lebih daripada berupaya untuk melakukan persiapan pra-musim yang bagus dan kembali dengan lebih gagah apabila musim baru nanti – saya langsung tiada keraguan mengenai itu,” hujah Gerrard lagi.
Penyokong United harus menyangka Rooney sudah melakukan lambaian perpisahannya ketika masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace di laman sendiri pada 21 Mei lalu.
Begitu juga sebahagian penyokong mungkin berasakan pengaruh undian mereka akan memaksa Rooney angkat kaki memilih haluan berbeza.
Betapa mereka semuanya tersilap – kerana Rooney akan kekal semusim lagi!