“Bey-li see-mua di Shopee!” Anda terkejut Cristiano Ronaldo berbahasa Melayu?
Ia bukannya suara pinjaman melainkan suara sebenar bintang Portugal dan Juventus itu sendiri dalam iklan yang mempromosikan kempen “9.9 Super Shopping Day” yang berjalan dari semalam hingga 9 September ini.

Kepada penonton di Indonesia pula, pemain berusia 34 tahun itu menambah di penghujungnya, “Gratis (percuma) ongkir (singkatan ongkos kirim).”
Juga ada versi bahasa berbeza-beza iklan berkenaan mengikut negara-negara Asia Tenggara di samping Taiwan yang dilancarkan serentak pada 16 Ogos lalu.
Jauh dari pesisir pantai negara-negara Timur Jauh itu, warga maya hingga ke Eropah turut memberi reaksi mereka.
Dan jauh daripada berasa teruja, pelantar media sosial sebaliknya dihujani komen-komen menjengkelkan hingga pemenang Ballon d’Or lima kali itu turut dipersendakan.

“Seseorang perlu memberitahu saya berapa banyakkah yang mereka bayar Ronaldo untuk melakukan iklan ini,” ciap Xav Salazar@XavsFutbol antaranya.
Apapun, Cristiano Ronaldo diakui memiliki daya tarikan yang kuat hingga boleh melariskan jualan apa saja yang dipromosikannya – daripada pakaian sukan dan sepatu bola Nike, seluar jeans Armani hinggalah kepada rangkaian seluar dalam dengan jenama namanya sendiri.
Pendapatannya daripada perjanjian endorsan semata-mata dianggarkan AS$35 juta (RM146 juta) sambil perjanjiannya dengan Nike dilaporkan bernilai AS$1 bilion (RM4.19 bilion).
Cuma, iklan terbaru Shopee itu, dengan dia turut memperagakan tarian Baby Shark dalam mempromosikan antara pelantar e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan itu selaku duta jenamanya, lebih banyak ditertawakan.
Iklan itu, seperti yang sudah ditonton ramai, bermula dengan Ronaldo menjaringkan satu sepakan percuma, disusuli gaya sinonimnya meraikan jaringan disaksikan penonton yang anehnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Sambil Ronaldo termangu-mangu, tempat duduk penonton bertukar oren dan pemain itu dilayangkan pengadil kad berwarna oren juga yang berlambangkan Shopee.
Ronaldo kemudian terpaku kepada aplikasi di telefon bimbitnya sambil jersinya bertukar oren, lantas memulakan tarian Baby Shark yang dilihat melucukan.
“Dalam satu kes klasik seorang selebriti menjual dirinya untuk wang, Ronaldo tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang tidak melonjakkan reputasinya.
“Mendapatkan seorang bintang dengan status sepertinya harus menuntut bayaran yang tersangat lumayan, malangnya semua itu tidak dapat menyelamatkan imej iklannya yang menjengkelkan – salah satu yang paling mengarut pernah kita saksikan,” kata laman web www.mensxp.com.
“Pengguna media sosial jelas terkeliru, dengan seorang menciapkan ‘Apakah yang berlaku?’ sambil seorang lagi menambah, ‘Apapun jumlah yang dibayar mereka, ia tidak mencukupi’,” tambah laman balls.ie.
B&T, sebuah penerbitan terkenal berikaitan industri pengiklanan, menggelarnya “iklan terburuk dalam sejarah pengiklanan”.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Komersial Shopee yang berpangkalan di Singapura, Zhou Junjie, mempertahankan bahawa persepakatan dengan Ronaldo adalah seiring dengan strateginya untuk melibatkan pengguna hasil penggunaan ikon selebriti sebagai dutanya.
“Nilai-nilai Ronaldo sangat bersesuaian dengan Shopee – dia dikenali kerana fokus, dedikasi dan kesungguhannya sebagai satu cerminan kepada komitmen kami kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.
Ronaldo, dalam kenyataan balasnya, menyatakan rasa bangga untuk menjadi duta jenama berkenaan sambil kedua-dua pihak berkongsi cita-cita yang sama untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing.
Warga maya boleh terus mempersendakannya.
“Ini harus satu iklan palsu. Tiada ikon yang akan merelakan dirinya diperbodohkan sebegitu,” ciap Jonny Ram@jonnyram.
Tambah Grant Cole@GrimeyGremlin: “Tentunya Ronaldo punya cukup wang atau penajaan lain untuk tidak mengaibkan dirinya seperti itu?”
Namun, jawapannya ditampilkan oleh laman www.theroar.com.au yang menyimpulkan: “Tidak dinafikan ia telah mencetuskan impaknya sendiri. Kita semua tidak boleh berpura-pura tidak melihat apa yang kita tonton.”
Harus bagi Shopee, sebahagian matlamat mereka sudahpun tercapai.