Skip to main content

Rencana

Ronaldo mengharapkan sokongan peminat

real-madrid-3-real-sociedad-0-ronaldo-booed-but-unbowed.jpg
Perjalanan di liga Sepanyol sudah masuk ke pusingan kedua di mana pasukan Real Madrid kendalian Zinedine Zidane berada di puncak teratas liga dengan mengumpul sebanyak 46 mata dan dibezakan empat mata dengan juara bertahan Barcelona. 

Walau bagaimanapun, Real berpeluang melebarkan jurang mata apabila mereka mempunyai baki satu perlawanan.

Bercakap mengenai prestasi pasukan di awal musim, Real dilihat mempunyai barisan yang sempurna dan ampuh di setiap posisi. 

Mereka memperoleh tonik awal dengan menjuarai Piala Kelab Dunia FIFA apabila menewaskan Kashima Antlers dalam perlawanan akhir penghujung tahun 2016.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini prestasi yang ditunjukkan oleh anak buah Zidane sedikit menggusarkan sehingga mereka ditunjukkan jalan keluar dari saingan Copa Del Ray oleh Celtic Vigo. 

Pemain terbaik Dunia FIFA 2016, Cristiano Ronaldo, meminta peminat terus memberikan sokongan kepada pasukan mereka untuk memenangi gelaran pada akhir musim ini.

"Rekod kami di LaLiga sehingga ketika ini adalah positif. Pasukan kami kini berjaya dalam LaLiga. 

"Saya berharap pada separuh kedua musim ini kami boleh terus melakukan seperti yang kami lakukan pada separuh pertama musim ".
 
Tambah Ronaldo, "Ia adalah satu rangsangan sebenar untuk memulakan separuh kedua musim ini di hadapan penyokong kami dan kami mahu menang dan mendapatkan tiga mata untuk  mengukuhkan kedudukan kami.

"Saya ingin menyeru kepada peminat supaya tidak panik dengan penyingkiran kami di saingan Copa Del Ray.

"Teruskan menyokong kami di setiap sudut kerana itulah yang menjadikan pasukan ini lebih kuat, lebih bersatu dan inilah yang akan membantu kami memenangi lebih banyak gelaran tahun ini".

Sementara itu, Sevilla yang berkongsi 42 mata dengan Barcelona berada di kedudukan ketiga diekori Atletico Madrid di tangga keempat.

Saingan seterusnya akan menyaksikan Real Madrid berdepan Celta De Vigo pada 6 Februari.
 

Advertisement

Must Watch Video