Pemenang Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo berada di dalam dilema dalam memilih ke manakah destinasi pilihannya untuk musim hadapan. Berdasarkan laporan media antarabangsa, Ronaldo dikhabarkan telah mengarahkan ejennya, Jorge Mendes agar melakukan apa yang terdaya bagi membolehkannya keluar dari Real Madrid.
Keputusan itu dibuat kerana Ronaldo kecewa dituduh menipu berkaitan isu cukai, selain reaksi pengurusan kelab yang tidak memberikan sokongan. Biarpun dipujuk pengendali Zinadine Zidane melalui panggilan telefon, namun pemain yang berasal dari kepulauan Madeira dikhabarkan telah nekad mahu mencari pasukan baharu.
Dengan beberapa gergasi eropah seperti Manchester United, Chelsea dan PSG sudah mula menunjukkan minat, Ronaldo yang kini berusia 32 tahun dianggarkan bernilai hampir 1 billion ringgit Malaysia.
Turut berada dalam dilema adalah bintang baru Gianluigi Donnnarumma yang menolak kontrak lumayan di AC Milan sekaligus membuka ruang kepada kelab lain memberikan tawaran yang lebih baik. Biarpun terkesan dengan tohmahan dan ugutan bunuh yang diterima peminat di Itali, Donnarumma dilihat bertegas mahu meninggalkan Milan biarpun masih memiliki satu tahun kontrak.
Dayang sememangnya mengharapkan agar 'perpindahan impian' Ronaldo ke Old Trafford menjadi kenyataan kerana mahu melihat jersi no 7 United kembali diisi individu berwibawa. Orang lama seperti Ronaldo amat diperlukan dikala United masih mencari-cari penggempur utama selepas kontrak Ibrahimovich tidak disambung.
Andai benar khabar angin kembalinya Ronaldo ke Old Trafford akan disertai Alvaro Morata yang akan ditukar ganti dengan wang tunai dan David De Gea yang umum ketahui mahu beraksi bersama Los Blancos, Dayang melihat Donnarumma akan menjadi pilihan no 1 Jose Mourinho sebagai benteng terakhir pasukan untuk saingan musim hadapan.