Skip to main content

Rencana

Resipi kejayaan pengendali kelahiran Itali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

conte-hails-chelsea-attitude-after-record-equalling-win.jpg
Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menjadi pengendali dari Itali yang terbaru menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) -- jadi apa rahsia di sebalik kejayaan tersebut?

Musim 2016-17 boleh dilihat sebagai musim emas buat pengendali pasukan kelahiran Itali -- mereka telah memenangi tiga daripada lima saingan liga utama Eropah: Conte di Liga Perdana Inggeris (EPL), Carlo Ancelotti di Bundesliga (Bayern Munich) dan Massimiliano Allegri menjulang Scudetto (Juventus).

Allegri telah membawa Juve ke final Liga Juara-Juara (UCL) dua kali dalam tempoh tiga tahun dan berkemungkinan menjadi pengendali dari Itali yang ketiga untuk menjuarai gelaran itu dalam tempoh enam musim.

Di Russia, bekas pembantu Conte, Massimo Carrera, membantu Spartak Moscow menjuarai liga dalam tempoh 16 tahun. 

Pengambilan pengendali dari Itali dilihat sebagai satu ‘trend’. Malah, di China, Fabio Cannavaro bersama Tianjin Quanjian dan skuad kebangsaan Albania dikendalikan oleh mereka, sama seperti di England, Russia dan Jepun sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, ia bukanlah satu fenomena baru. Buat beberapa dekad, pengendali Itali sering dicemburui dalam dunia bola sepak. 

Itali telah menghasilkan pengendali yang menjuarai UCL/Piala Eropah berbanding negara lain dan mereka telah menjuarai 46 kejohanan secara keseluruhan -- rekod yang jauh berbanding Sepanyol yang berada di tangga kedua (37) dan Jerman di tempat ketiga (27).

Jadi, apakah rahsia di sebalik dominasi ini? 

Mereka sangat terkenal dengan strategi dan taktikal yang terbaik. Pendekatan mereka sering dilihat sebagai satu revolusi di dalam bola sepak. 

Sejak sistem Catenaccio diperkenalkan pada 1960-an, AC Milan (di bawah kendalian Nereo Rocco) dan Inter (Helenio Herrera) mendominasi Piala Eropah, beralih kepada 'high-line pressing’ yang diperkenalkan oleh Arrigo Sacchi ketika bersama Milan, sehingga formasi False 9 yang digunakan oleh Roma (di bawah kendalian Luciano Spalletti), Itali terus mencorak sukan ini sehingga kini.

“Italian clubs cannot afford the same transfer fees as the other leagues, but you cannot buy ideas." -- Giovanni Trapattoni

Musim lalu, Ranieri telah melakar satu kejayaan yang akan diingati dalam sejarah bola sepak apabila menjuarai EPL bersama Leicester City.

Dibarisi pemain-pemain yang tidak dikenali dan gagal menyerlah bersama pasukan mereka sebelum ini, Ranieri berjaya menggulingkan EPL serta membuat pelaburan kelab-kelab gergasi bagaikan satu pembaziran.

Permainan yang mantap di bahagian tengah, memiliki pertahanan yang ampuh dan serangan balas yang efektif, menyaksikan pasukan lawan gagal meraih keputusan yang positif ketika berdepan The Foxes.

"Attack wins matches, defense wins titles." -- Sir Alex Ferguson

Secara kesimpulannya, asas pertahanan yang diterapkan dalam permainan adalah merupakan tunjang untuk menghasilkan prestasi yang konsisten. 

Jika pengendali baru Malaysia, Nelo Vingada, gagal membantu meningkatkan semula mutu permainan Harimau Malaya, apa salahnya jika kita mengambil pendekatan dengan mengambil ketua jurulatih kelahiran Itali di masa akan datang?

Advertisement

Must Watch Video