Skip to main content

Rencana

Redah banjir demi bola

melaka-united287dbd0a3d81604aa734ff0000212b38.jpg

Siapa yang tidak kecewa bila sudah harungi perjalanan hampir 10 jam dari Melaka, dengan keadaan banjir di setiap perjalanan tetapi dikejutkan dengan berita perlawanan ditunda. 

Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh penyokong Melaka United yang terpaksa pulang dengan hampa sejurus sahaja tiba di Kota Bharu untuk menyaksikan perlawanan berdepan Kelantan. 

Keputusan penundaan diputuskan awal pagi Sabtu dalam mesyuarat Koordinasi Perlawanan Liga Super selepas mengambil kira faktor hujan lebat sejak tiga hari lalu dan padang yang terjejas teruk.

Jam 2 petang, lima orang penyokong Melaka paling awal tiba di stadium berkongsi detik mereka yang meredah banjir sebelum tiba di Kota Bharu. Perasaan berbelah bagi namun diteruskan juga perjalanan kerana terlalu ingin saksikan perlawanan pertama juara Liga Perdana 2016 itu. 

Ada yang marah, sedih, kecewa dan sebagainya tetapi itulah hakikat yang perlu diterima kerana menitikberatkan risiko kecederaan yang boleh menimpa para pemain jika tetap beraksi. 

Ia adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong kedua-dua pasukan kerana kali terakhir Kelantan dan Melaka beraksi di stadium Sultan Muhammad IV adalah pada April 2008. 

Bertabahlah wahai penyokong Melaka, kedatangan anda dialu-alukan kembali ke stadium keramat Kota Bharu apabila tarikh baru diumumkan nanti. Gegau Melaka Gegau ! 

 

Advertisement

Must Watch Video