Nama Harry Kane menjadi sebutan untuk muncul sebagai salah satu generasi Galacticos yang baru di Real Madrid susulan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus.
Melihat kepada corak permainannya, kehadiran Kane adalah untuk menggalas salah satu tugas yang dipegang Ronaldo sebelum ini, iaitu mesin gol.
Bagaimanapun, pembelian Kane sahaja mungkin membuatkan jendela perpindahan Los Blancos tidak lengkap kerana sudah tentu juara Eropah itu mendambakan kelibat individu yang mampu menentukan hala tuju permainan di atas padang menerusi kelincahan dan kepantasan, sama seperti apa yang ditawarkan Ronaldo.
Eden Hazard muncul nama seterusnya yang dijangka menjadi sasaran utama Los Blancos. Memasuki usia terbaik buat seorang pemain bola sepak (27), Hazard membuktikan kemampuannya bukan sekadar menerusi corak permainan, namun kelibat selaku kapten Belgium juga membuatkan dirinya semakin matang.
Bintang Chelsea itu juga memberi bayangan untuk tidak menolak sekiranya menerima tawaran daripada Real sambil menyifatkannya sebagai impian buat semua pemain.

Real mungkin berdepan cabaran Barcelona untuk mendapatkan khidmat Hazard selepas skuad bimbingan Ernesto Valverde itu terlepas peluang membawa masuk Antoine Griezmann tetapi difahamkan Hazard tidak berminat untuk ke Camp Nou kerana tidak mahu dibayangi oleh Philippe Coutinho, Luis Suarez serta Lionel Messi.
Selain Hazard, nama lain yang turut menjadi perhatian untuk membarisi generasi baru Galacticos di Bernabeu adalah dua penggempur Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe.
Bagaimanapun, perpindahan melibatkan Neymar mungkin tidak akan dapat disaksikan dalam masa terdekat kerana dia baru memasuki musim keduanya di Paris selepas bergelar pemain termahal dunia pada tahun lalu.
Tambahan, jika Presiden Real Madrid, Florentino Perez, mendapatkan khidmat Kane, Neymar bukanlah individu yang sesuai dengan corak permainan penyerang utama The Three Lions itu.
Seandainya Real Madrid tetap berkeras dan tidak berputus asa dalam usaha membawa Neymar kembali ke Sepanyol, peluang buat mereka masih cerah kerana PSG sedang diperhatikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana perbelanjaan yang sangat besar sehingga berpotensi melanggar syarat yang ditetapkan.

Begitu juga dengan Mbappe. PSG berdepan kemungkinan untuk melepaskan beberapa pemain yang melibatkan kos tinggi dalam perbelanjaan pasukan sekiranya dikenakan tindakan oleh FIFA.
Memandangkan Mbappe kini adalah nama paling sensasi di Perancis disebabkan persembahan cemerlang di Russia, sudah pasti Perez akan turut cuba mendapatkannya kerana wujud elemen yang sangat dititikberatkan "diktator" itu sebelum ini, iaitu aspek pemasaran.
Selain empat nama yang telah dinyatakan, wujud juga beberapa pemain yang dilihat berpeluang cerah untuk menyarung jersi Real Madrid musim depan seperti Robert Lewandowski (Bayern Munich), Mohamed Salah (Liverpool) serta Nabil Fekir (Olympique Lyon.
Namun, Kane, Hazard, Neymar dan Mbappe sudah pasti mencetuskan satu fenomena baru jika membarisi Galacticos baru di Santiago Bernabeu.