Anda masih ingat? Ketika Zinedine Zidane angkat kaki penghujung Mei tahun lalu – kurang empat hari selepas mengemudi Real Madrid ditabal juara Eropah kali ketiga berturut-turut – dia mengumumkan: “Satu perubahan diperlukan dan saya tidak mahu terbabit dengannya.”
Ketika itu, khalayak bola sepak menganggap dia sudah hilang akal kerana dia tidak akan menemui sebuah kelab lain yang lebih baik daripada di Santiago Bernabeu.
Dipercepatkan putaran waktu ke depan 10 bulan, harus dirasakan Zidane sudah pun memiliki firasat terhadap ‘keruntuhan’ bekas kelabnya itu.
Di sebalik kelab itu masih dalam suasana meraikan satu pencapaian bersejarah – pasukan pertama dalam 40 tahun menang Piala Eropah tiga musim berturut-turut dan yang pertama dalam era Liga Juara-Juara – Zidane berasakan Los Blancos umpama bom jangka yang menanti masa untuk meletup.
Namun, ini bukanpun kisah Zidane.
Sebaliknya, ini menyorot cerita kata-kata bijaksana Zidane yang tidakpun dituruti.
Antara sebab yang dihuraikan di sebalik keputusan mengejutnya 10 bulan lalu itu ialah untuk Madrid mencetus dan mencari motivasi dan inspirasi baru.
Dengan Cristiano Ronaldo menyusuli langkah Zidane untuk meninggalkan Bernabeu tidak lama kemudian sebagai menamatkan jodoh sembilan tahunnya bersama Madrid, apa yang dikatakan bekas pengurus itu harus semakin perlu.
“Selepas tiga tahun, Real Madrid perlukan satu perubahan, satu cara lain untuk bekerja, satu idea berbeza jika mahu terus berjaya.
“Saya rasakan ia akan sukar untuk terus menang. Dan kerana saya seorang pemenang, saya memilih untuk pergi,” kata Zidane lagi waktu itu.
Kembali ke masa kini, bukan saja mahkota Eropah terlucut daripada kepala pemain Real Madrid, malah peluang mereka dalam Copa del Rey dan La Liga kesemuanya turut berakhir dalam sesingkat hanya lapan hari.

Tatkala Real Madrid cemas melepasi rintangan Juventus dalam suku akhir UCL musim lalu, Marcelo mempersendakan idea yang mereka kemungkinan tersingkir.
“Apa yang berlaku kepada Barcelona tidak akan terjadi kepada kami,” katanya merujuk kepada kekalahan 3-0 pasukan musuh tradisi itu kepada Roma.
“Mengapa,” soalnya, “Kerana kami adalah Real Madrid.”
Hanya berselang kurang 12 bulan, barisan Real Madrid yang sama – kecuali tanpa Zidane dan Ronaldo – yang baru meraikan 1,000 hari selaku juara Eropah, tercicir daripada undian suku akhir buat kali pertama sejak 2010.
Buat Madrid, kegagalan sesuatu yang di luar kelaziman. Namun, mereka yang memperhalusi perkembangan pasukan itu akan mendapati keangkuhan adalah ketara.
Didorong keangkuhan jugalah, Presiden Real Madrid, Florentino Perez, memilih Julen Lopetegui yang pencapaiannya hanyalah di peringkat Euro B-19 dan B-21, untuk dibandingkan dengan rekod gemilang Zidane.
Bukan menghairankan apabila tiada apa yang menjadi – keadaan yang diperburukkan oleh kegagalan mereka mendatangkan seorang pemain bintang yang dapat mengisi sepasang kasut besar yang ditinggalkan Ronaldo.
“Cristiano menyumbat 50 gol dan kelab gagal menemui seorang pemain yang dapat mendekati jumlah itu,” kata Luka Modric sebagai merumuskan ‘kegelabahan’ dia dan rakan sepasukannya musim ini.
Tidak Lopetegui dan tidak juga penggantinya, Santiago Solari, mampu berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan, apatah lagi pada ketika Perez terus memilih untuk menyalahkan semua orang lain kecuali dirinya sendiri.
Mudah untuk menyimpulkan keadaan di Real Madrid ketika ini.
Marcelo tidak gembira, Isco juga tidak gembira, Gareth Bale lagi sudah lama tidak gembira dan yang terbaru, Sergio Ramos yang turut dinafikan gembira, mungkin mengetuai semua pemain berkenaan untuk mencari haluan baru pada musim panas nanti.
Barangkali hanya ada satu cara menanganinya – Zidane perlu mengumum atau diumumkan dia akan segera kembali.