Setelah sekian lama menanti, Manchester United semakin hampir pasti menerima pemegang saham baru, iaitu Sir Jim Ratcliffe, salah seorang lelaki paling kaya di England.
Ratcliffe bersama konsortium yang mendapat sokongan syarikat INEOS dijangka membeli 25 peratus saham The Red Devils dan mungkin diberikan kuasa untuk membuat keputusan berhubung urusan jual beli pemain.
Topik ini adalah sesuatu yang dibicarakan dengan penuh teliti kerana hal-ehwal perpindahan pemain adalah salah satu aspek paling bermasalah buat kelab itu.
Bermula dari 2019 lagi, Ratcliffe telah menyuarakan pendapatnya dengan lantang.
Dalam temu bual dengan akhbar The Times, Ratcliffe ketika itu mengkritik pembelian pemain tengah dari Brazil, Fred, dengan menggelarkan urusniaga semahal £50 juta (RM291 juta) itu sebagai pelaburan kurang bijak dan United telah banyak kali membelanjakan wang di tempat yang tidak sepatutnya.
Pada bulan Mac tahun ini pula, Ratcliffe mempersoalkan pembelian Casemiro dari Real Madrid.
Ratcliffe hairan mengapa United sanggup membayar harga begitu mahal setinggi £60 juta (RM348 juta) serta memberikan gaji setinggi £350,000 (RM2 juta) seminggu buat pemain yang sudah menjangkau usia 30 tahun.
Fred sudah pun dijual ke kelab Turki, Fenerbahce manakala Casemiro pula menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan musim ini biarpun menyinar terang pada musim sebelumnya.
Bekas pemain Liverpool, Graeme Souness, menyuarakan sokongan terhadap kritikan Ratcliffe menerusi artikel karangannya yang diterbitkan dalam akhbar Daily Mail.
Souness menyorot pemain-pemain seperti Harry Maguire dan Jadon Sancho yang dibeli dengan harga tinggi tetapi nilai masing-masing telah jatuh merudum selepas beberapa tahun bersama United, sedangkan kedua-duanya masih berada pada usia muda.
Maguire dibeli dengan harga £80 juta (RM464 juta) tetapi laman sesawang Transfermarkt menganggarkan nilainya cuma £17.4 juta (RM101 juta), manakala Sancho pula dibeli dengan harga £73 juta (RM424 juta) dan kini dinilaikan pada £27.9 juta (RM162 juta).
Nyatalah sebagai seorang ahli perniagaan berpengalaman, apa yang Ratcliffe mahukan adalah hasil yang berbaloi daripada wang yang dibelanjakan, bukannya berterusan menabur wang tahun demi tahun tanpa apa-apa untuk ditunjukkan pada penghujung hari.
Ura-ura mengatakan masa depan Ketua Eksekutif United, Richard Arnold, serta Pengarah Bolasepak, John Murtough, bakal terkesan dengan ketibaan Ratcliffe.
Arnold bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan pembelian pemain manakala Murtough bertugas untuk mengenal pasti bakat-bakat yang berbaloi untuk diburu – tugas-tugas ini kelihatan kurang berjaya mereka laksanakan sejak bertahun-tahun lalu.
Difahamkan Ratcliffe mahu melantik seorang pengarah bola sepak baharu bagi mengetuai rundingan pada masa depan dan calon utama pilihannya adalah Michael Edwards, tokoh yang cukup penting buat Liverpool pada suatu ketika dahulu.
Edwards adalah orangnya yang membawa pemain-pemain seperti Alisson Becker, Andy Robertson, Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk ke pangkuan Liverpool. Jika benar dia bakal berkhidmat untuk United seterusnya, impak yang mampu dibawanya tidak sesekali harus dipandang remeh.
Persoalan terakhir melibatkan pengurus.
Soalan mula ditanyakan sama ada Ratcliffe mahu mengekalkan Erik Ten Hag sebagai pengurus yang terus memimpin United menerusi kemelut yang seakan-akan tiada kesudahan sejak bertahun-tahun lalu, ataupun adakah dia turut mempunyai pilihan tersendiri yang menanti masa untuk dilantik?
Banyak sekali persoalan yang hadir dengan prospek kehadiran Ratcliffe, kesemuanya bakal terjawab dalam tempoh terdekat dan kita nantikan bagaimana nasib United mengharungi perubahan ini kelak.