Aksi sulung di pentas Piala Dunia menjadi medan pengukur buat pasukan-pasukan pilihan memberikan amaran kepada pesaing lain bahawa hadirnya mereka ke Russia ini bukan sahaja untuk memperagakan permainan terbaik, malah memahat sejarah baru.
Bagaimanapun, bola sepak adalah sukan yang penuh dengan kejutan, ia telah berjaya memberikan tipu helah dengan mengaburi peminat serata dunia -- bagi individu-individu yang gemar berjudi (bertaruh memilih pasukan bakal meraih kemenangan) -- sememangnya sudah mula menggaru kepala dengan kejutan demi kejutan yang berlaku dalam saingan Kumpulan E hingga H.
KUMPULAN E
Costa Rica 0 Serbia 1
Serbia merakamkan kemenangan pertama dalam aksi sulung kempen Piala Dunia sejak 1998. Kapten pasukan serta pertahanan, Aleksandar Kolarov, menggunakan kepakarannya menerusi sepakan percuma untuk meledak gol tunggal perlawanan dan meraih kemenangan ke atas Costa Rica.
Brazil 1 Switzerland 1
Selepas mimpi buruk di laman sendiri empat tahun lalu menyaksikan mereka dibelasah Jerman 7-1 dalam perlawanan separuh akhir, skuad bimbingan Tite ini hadir dalam kempen selaku pasukan pilihan untuk muncul juara.
Brazil yang membariskan Neymar, Philippe Coutinho dan Gabriel Jesus dijangka mampu mengulangi kejayaan 2002 apabila mereka muncul juara dunia. Bagaimanapun, aksi pembukaan mereka berakhir dengan keputusan seri. Jaringan pembukaan Coutinho dinafikan Steven Zuber, sekali gus Brazil buat kali pertama gagal meraih kemenangan dalam aksi sulung sejak 1978.
KUMPULAN F
Jerman 0 Mexico 1
Penyandang juara, Jerman, gagal mencari jalan untuk mengatasi Mexico apabila Hirving Lozano memastikan kemenangan penuh bermakna buat Mexico dalam kempen Piala Dunia. Ironinya, ini merupakan kali ketiga juara bertahan Piala Dunia gagal meraih keputusan positif dalam aksi pertama (2010 -- Itali seri 1-1 dengan Paraguay, 2014 -- Sepanyol tewas 5-1 kepada Belanda).
Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa, menampilkan aksi lima bintang sekali lagi berdepan juara dunia itu selepas menafikan setiap percubaan Jerman -- mengulangi pencapaian empat tahun lalu apabila mengekang Brazil pada 2014.
Sweden 1 Korea Selatan 0
Siapa kata tanpa Zlatan Ibrahimovic, Sweden tidak mampu mempamerkan aksi cemerlang? Malah mereka melakar kemenangan pertama dalam aksi sulung Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Andreas Granqvist pada minit ke-58.
KUMPULAN G
Belgium 3 Panama 0
Aksi pembukaan Kumpulan G ini menyaksikan lapan layangan kad kuning -- lima daripadanya hadir daripada pemain Panama yang menggunakan pendekatan agresif sepanjang perlawanan. Skuad kendalian Roberto Martinez itu, bagaimanapun, tenang meraih kemenangan 3-0 hasil jaringan daripada Dries Mertens dan dua gol Romelu Lukaku.
Belgium yang disifatkan sebagai pasukan "kuda hitam" pada edisi 2014 ternyata menampilkan aksi yang positif dan dijangka mampu dilihat sebagai antara pasukan pilihan untuk muncul juara.
Tunisia 1 England 2
The Three Lions dilihat sebagai pasukan pilihan mencipta kemenangan dan jangkaan itu ditepati oleh skuad bimbingan Gareth Southgate. Harry Kane membuka jaringan pada minit ke-11 sebelum Ferjani Sassi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti -- gol pertama yang disumbatkan oleh pemain dari negara Afrika dalam saingan Russia 2018.
Ketika keputusan 1-1 hampir menjadi tajuk utama, Kane menanduk masuk gol pada minit-minit terakhir perlawanan, sekali gus memberikan kemenangan dan meningkatkan harapan England untuk mara ke pusingan kalah mati.
KUMPULAN H
Jepun 2 Colombia 1
Empat tahun lalu, Jepun mengalami kekalahan 4-1 kepada Colombia dalam aksi terakhir Kumpulan C. Bertemu sekali lagi di peringkat kumpulan, Colombia terpaksa bermain selama 87 minit dengan 10 pemain selepas Carlos Sanchez menghadang bola secara sengaja dengan tangan dan pengadil, Damir Skomina, melayangkan kad merah pertama kejohanan.
Shinji Kagawa menyempurnakan sepakan penalti sebelum Juan Quintero mengikat jaringan buat Colombia. Saat terindah Jepun hadir pada minit ke-73 selepas Yuya Osako menanduk masuk hantaran Keisuke Honda untuk memutlakkan tiga mata dan menjadi pasukan Asia pertama menewaskan negara daripada Amerika Selatan.
Poland 1 Senegal 2
Pada 2002, Senegal mencetus sensasi apabila mereka berjaya menumbangkan juara dunia, Perancis, 1-0 dan ia membuktikan mereka memiliki senjata rahsia yang sering dipandang rendah oleh pasukan-pasukan Eropah. Motivasi itu digunakan ketika berdepan Poland -- mempamerkan aksi yang kemas ketika mengawal permainan dengan hantaran-hantaran yang berkualiti.
Jaringan sendiri Thiago Cionek dan M'Baye Niang mendahului perlawanan sebelum Gregory Krychowiak menyumbang gol sagu hati.