"Jika tiada perubahan terutama di peringkat akar umbi, bencana bakal berlaku untuk sukan renang Malaysia".
Itu reaksi Paul Birmingham, jurulatih renang negara yang sudah sedekad menabur bakti untuk Malaysia.
Penulis bertanya adakah ini kerisauan Birmingham selepas beliau bukan lagi jurulatih Malaysia sebaik tamat saingan dalam Sukan Asia 2018.
"Saya sudah lama risaukan situasi ini, selepas saya tiada orang lain akan galas tanggungjawab saya, jika tiada perubahan untuk pembangunan di peringkat akar umbi, perkembangan sukan renang Malaysia akan kekal sama sahaja".
Pesanan Birmingham jelas, dia mahu lihat ada program pembangunan yang perlu dibawa Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).
Pemilihan untuk diserapkan ke skuad negara sebelum ini hanya di ambil dari kelab-kelab seluruh negara, tetapi tiada usaha dari ASUM sendiri untuk menganjurkan saingan di peringkat akar umbi.
"Jika tiada perubahan, bagi tempoh lima tahun dari sekarang, renang Malaysia bakal jadi bencana".
Itu tegas Birmingham yang seakan meluah perasaan dengan situasi yang dihadapi selama 10 tahun berbakti untuk Malaysia.
Saban tahun prestasi renang negara gagal mencetuskan sensasi dan peningkatan luar biasa.
Lebih sedih, di peringkat Asia Tenggara, Malaysia semakin kecil penguasaannya.
"Tiada guna ada program yang bagus seperti Program Podium, hakikatnya pelan jangka panjang bermula dari akar umbi gagal di pandang serius".
Malaysia pulang tangan kosong daripada saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang apabila hanya tiga rekod kebangsaan dipecahkan sebagai pengubat kesan keruduman prestasi perenang negara ini.