Skip to main content

Rencana

Ragbi wanita menentang arus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi-wanita.jpg
Sukan ragbi sangat sinonim dengan kegagahan dan pergerakan ganas seperti merempuh dalam perebutan bola.Hampir mustahil jika mahu dikaitkan dengan wanita. Namun itu mungkin dulu. Segala persepsi lapuk itu sudah boleh diketepikan apabila ragbi telah mula mendapat tempat di kalangan wanita!

Pertemuan Intan bersama dua pemain ragbi wanita negara agak mengujakan apabila mereka rancak bercerita tentang penglibatan mereka dalam sukan ragbi 7 sebelah.

Tempoh hari Norfarhana Aziz , 20 dan Dayang Anak Manggie berusia 27 tahun hadir dalam sebuah sesi temubual bersama Intan dan ketika di tanya mereka juga tidak pernah menyangka akan bergiat aktif dalam sukan ragbi. 

Farhana yang terlebih dahulu  berkecimpung dalam silat olahraga ditawar oleh gurunya untuk mencuba dalam sukan ragbi. Namun mungkin ketahanan fizikal yang dipraktikkan dalam silat sedikit sebanyak membantu beliau lebih yakin untuk ‘mengganas’ dalam sukan ragbi.

Sementara Dayang yang merupakan anak jati Sarawak, bermain ragbi bagi kelab di Sabah iaitu Sister Rakas. Menurutnya, sukan ragbi nyata bukan sukan yang mudah untuk difahami. Pada mulanya banyak yang perlu dipelajari lebih lagi dari segi peraturan, taktikal dan cara pergerakan. Sukan ragbi memerlukan kekuatan mental dan fizikal bergerak seiring dalam keadaan yang lasak.

Cabaran sukar untuk di bendung apatah lagi untuk menentang persepsi segelintir masyarakat yang memandang rendah tentang keupayaan wanita untuk beraksi baik dalam sukan ragbi. Namun  kedua-dua wanita ini menyahut cabaran dan meneruskan latihan. Justeru, bayaran mahal kepada mereka adalah perasaan bangga bercampur terharu apabila diberi peluang menyarung jersi negara mewakili pasukan ragbi wanita Malaysia.

Dua gadis sunti ini menambah lagi, ragbi bukan sahaja sukan biasa-biasa, namun telah mengubah diri mereka menjadi lebih tegar, positif, dan menambah tahap kecergasan mereka yang sebelum ini di paras biasa-biasa.

Nasihat mereka kepada wanita di luar sana. Jangan pernah takut untuk mengambil cabaran terutamanya untuk menentang arus. Kepercayaan kepada diri sendiri itu penting kerana kita sendiri tahu akan keupayaan dan kemampuan diri yang maksimum.


 

Advertisement

Must Watch Video