Satu lagi musim dalam Liga Juara-Juara dan satu lagi kegagalan di bawah projek besar Nasser Al-Khelaifi – pengerusi Qatar Sports Investments yang memiliki Paris Saint-Germain (PSG).
Kelab juara Ligue 1 Perancis itu terkandas di peringkat 16 terakhir buat tahun ketiga berturut-turut semalam di sebalik berbelanja berbilion dolar dalam memenuhi harapan jutawan perniagaan berusia 45 tahun dari Qatar itu untuk menjuarai trofi Eropah.
Dalam empat kempen berturut-turut sebelum itu di antara 2012 dan 2016, PSG hanya tersingkir di peringkat suku akhir.

Pada hari PSG ditunjukkan pintu keluar oleh Manchester United di Parc des Princes awal pagi semalam, Al-Khelaifi dilaporkan memecahkan sebuah pintu di venue itu sebagai melepaskan kemarahannya – apa tidaknya, menang 2-0 di Old Trafford tapi tewas 1-3 di laman sendiri tatkala United tempang oleh masalah kecederaan.
Tapi harus lebih menyakitkan hati mereka ialah tularnya kisah pemain tengah PSG sendiri yang sedang berperang dingin dengan kelab, Adrien Rabiot, berparti sakan sebagai meraikan kegagalan skuad Les Parisiens itu.
Akhbar Perancis, L'Equipe, melaporkan pemain itu dilihat dalam satu parti bersuka-ria ala Brazil di sebuah kelab malam Paris dan videonya dikongsi di media sosial.
Malah, di sebalik Al-Khelaifi mendatangkan pemain seperti Neymar, Kylian Mbappe dan Gianluigi Buffon bagi melampiaskan hasrat besarnya, Rabiot kekal tertonjol sebagai simbol betapa keadaan sebenarnya tidak harmoni di kelab berlambangkan Menara Eiffel yang ikonik itu.
Rabiot kekal tersisih di PSG sejak enggan bersetuju dengan kontrak baru di Parc des Princes dan tidak langsung diturunkan dalam kesebelasan juara Ligue 1 itu sejak Disember lalu sedangkan liuk lentok pemain antarabangsa Perancis itu di bahagian tengah harus memberi perbezaan menguntungkan.
Malangnya, dia tidak lagi mendapat tempat dalam perancangan jurulatih, Thomas Tuchel, sehingga akhir musim ini – sebaliknya sekadar berlatih bersama pasukan simpanan -- setelah mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan pasukan.
Suntikan dana yang besar dari pelabur Qatar sekadar menyaksikan PSG mendominasi liga domestik dengan lima kejuaraan Ligue 1 dalam enam tahun terakhir ini di samping 15 trofi lain, namun mereka kekal tersasar daripada objektif utama – menjulang trofi Liga Juara-Juara.
Gabungan nasib malang, masalah kecederaan – kedua-dua Neymar dan Edinson Cavani masih meneruskan rawatan – dan rentetan keputusan kurang memberangsangkan di peringkat Eropah, menyaksikan cita-cita besar Al–Khelaifi dan PSG terus tertangguh.
Untuk rekod, PSG adalah pasukan pertama dalam sejarah untuk melepaskan kelebihan empat gol dalam pertemuan pertama di tempat sendiri ketika ditewaskan Barcelona 6-1 di Camp Nou pada 2017.
Dengan kegagalan terbaru ini, mereka tertulis dalam sejarah sebagai pasukan pertama melepaskan kelebihan dua gol di tempat lawan menjelang pertemuan timbal-balik gara-gara kekalahan 3-1 kepada United – Glory! Glory!
Rekod kegagalan untuk meraih keputusan baik dan mempertahankan kelebihan adalah satu ‘tabiat’ yang perlu dilenyapkan PSG andai mahu merealisasikan impian untuk beraja di Eropah.
Barangkali saingan Ligue 1 tidak cukup mencabar untuk menyiapkan PSG – ketika ini berkelebihan 17 mata mengatasi Lille untuk menduduki singgahsana liga yang berbaki 11 perlawanan – bagi cabaran lebih sukar di peringkat Eropah.
Malah, kepada Rabiot yang telah bersama kelab itu sejak 2012, PSG harus belajar untuk menunjukkan rasa hormat, bukan saja kepada lawan, malah kawan juga di samping menerapkan rasa rendah diri.
Jika sebaliknya, pelaburan berbilion dolar hanyalah satu pembaziran.