Pujuk supaya jangan pindah. Itulah yang dilakukan oleh sebahagian teman rapat buat bintang Barcelona dan Brazil, Neymar da Silva Santos Junior. Ini berikutan desas-desus yang mengaitkan penghijrahan Neymar ke Paris Saint Germain selepas mendapat tawaran yang lumayan.
Laporan media-media antarabangsa mengatakan bahawa rakan sepasukan Neymar iaitu Ivan Rakitic dan Gerrard Pique turut cuba melakukan yang terdaya bagi memastikan Neymar terus kekal di kelab yang berpangkalan di Catalunya itu. Bagi mereka, Neymar merupakan seorang yang amat penting bagi Barcelona sama ada sebagai seorang pemain di atas padang, mahupun sebagai orang biasa.
Terbaru, Neymar dilihat berselisih faham dengan rakan sepasukan sewaktu sesi latihan dan video tersebut menjadi tular dengan luas di sosial media, sekaligus menguatkan lagi spekulasi yang mengaitkannya dengan kelab PSG.
Sebagai salah seorang peminat Neymar, penulis memang mengharapkan agar beliau terus kekal menjadi tonggak utama jentera serangan Barcelona memandangkan usia beliau yang baru memasuki 25 tahun. Tambahan pula, Neymar turut dikelilingi pemain hebat seperti Luiz Suarez dan Lionel Messi.
Adalah merupakan satu kerugian andainya Neymar membuat keputusan untuk berhijrah ke PSG kerana saingan liga dan kualiti permainan di 'Ligue 1' berbeza dengan 'La Liga' di Sepanyol. Difahamkan, nilai Neymar mencecah RM1.11 bilion dan PSG dikhabarkan tidak mempunyai masalah dari segi kewangan.
Neymar yang disunting Barcelona pada tahun 2013 telah melakukan 123 penampilan dengan The Catalan dan telah meledakkan 68 gol. Di Brazil pula, beliau masih lagi menjadi sandaran utama di bahagian serangan dan turut menjadi pilihan selaku ketua pasukan dibelakang Thiago Silva.
Dengan saingan liga antarabangsa akan membuka tirai kurang dari dua minggu, penulis mengharapkan agar tiada kejutan di kem The Catalan dan Neymar terus kekal menyumbang bakti bersama Barcelona untuk musim baru nanti.