“Sudahpun terkeluar daripada pemburuan gelaran, Manchester United kini semakin kerap kelihatan seperti dinosaur bola sepak.”
Ia satu ayat yang padat dan berterus-terang sebagai menggambarkan pasukan bimbingan Jose Mourinho itu setelah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018-19 melepasi garis sepertiga musim.
Jangan lihat kepada carta liga sehingga bulan November – demikian mantra kebanyakan pengurus selama bertahun-tahun kini.
Baiklah, November sudah sampai ke penghujungnya dan kini masanya buat sesetengah kelab memasang impian manakala sebilangan yang lain pula semakin rimas dengan pengurus masing-masing.

Tiba masanya untuk mengimbau sepertiga musim EPL dan ikuti bagaimana espn.com menyimpulkan prestasi setiap satu daripada 20 pasukan mengikut kedudukan dalam carta liga – hanya dalam satu ayat -- sebagaimana berikut:
Ia satu ayat yang padat dan berterus-terang sebagai menggambarkan pasukan bimbingan Jose Mourinho itu setelah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018-19 melepasi garis sepertiga musim.
Jangan lihat kepada carta liga sehingga bulan November – demikian mantra kebanyakan pengurus selama bertahun-tahun kini.
Baiklah, November sudah sampai ke penghujungnya dan kini masanya buat sesetengah kelab memasang impian manakala sebilangan yang lain pula semakin rimas dengan pengurus masing-masing.

Tiba masanya untuk mengimbau sepertiga musim EPL dan ikuti bagaimana espn.com menyimpulkan prestasi setiap satu daripada 20 pasukan mengikut kedudukan dalam carta liga – hanya dalam satu ayat -- sebagaimana berikut:
- Manchester City: Semakin hari semakin bagus dan mampu mengulangi himpunan 100 mata musim lalu, termasuk melakukannya tanpa Kevin De Bruyne.
- Liverpool: Tidak begitu bergaya seperti musim lalu tapi diakui lebih efektif hingga belum tewas selepas 13 perlawanan liga dan hanya keciciran mata dalam tiga keputusan seri.
- Chelsea: Meluncur bebas dengan falsafah diterapkan pengurus baru, Maurizio Sarri, tapi terlalu bergantung kepada Eden Hazard untuk kekal memukau.

- Tottenham Hotspur: Memiliki rekod terbaik di tempat lawan dalam liga di sebalik memenangi perlawanan tanpa menyerlahkan permainan cantik.
- Arsenal: Di bawah bimbingan Unai Emery yang semakin menambat hati penyokong, The Gunners mampu menyumbat banyak jaringan di sebalik pertahanan yang diragui keampuhannya.
- Bournemouth: Eddie Howe harus mampu mengemudi pasukannya ke saingan Eropah bertunjangkan pertunjukan cemerlang David Brooks dan Callum Wilson merencanakan serangan.
- Watford: Mengadunkan semangat waja dan kelancaran gerakan, penyudahan dalam kelompok separuh teratas adalah satu kemungkinan besar buat The Hornets.
- Manchester United: Kekalahan 1-3 dalam perlawanan ‘derby’ kepada Manchester City menjadi kayu pengukur sejauh mana The Red Devils sudah merudum di sebalik segala hingar-bingar berkaitan pasukan.
- Everton: Akhirnya The Toffees menyusuri permainan yang betul hasil garapan Marco Silva yang memenuhi kehendak penyokong dan harus terus menjadi tumpuan.
- Leicester City: Kita hanya dapat bersimpati dengan tekanan emosi dan trauma yang terpaksa diharungi tapi skuadnya terlalu ampuh untuk tergelincir ke lembah masalah.

- Wolves: Salah satu kelab terbaik yang baru dinaikkan pangkat dan persembahannya ketika berdepan Manchester City dan Arsenal menyerlahkan bakat teknikal yang besar.
- Brighton: Glenn Murray terus menggoncang jaring sambil Lewis Dunk dan Shane Duffy berpadu tenaga mengukuhkan pertahanan hingga mereka sukar ditundukkan di tempat sendiri.
- West Ham: Kelihatan bagus ketika menentang Manchester United tapi masalahnya, mereka kekal sebuah pasukan tidak menentu yang menyulitkan keadaan.
- Newcastle: Rafa Benitez boleh membina pasukan daripada tiga kemenangan yang diraih setakat ini untuk kekal dalam Liga Perdana tapi ia akan memerlukan kerja keras.
- Burnley: Kelayakan ke Liga Europa merosakkan perancangan pasukan ini yang kehilangan kesepaduan musim lalu hingga kelihatan rapuh.
- Crystal Palace: Belum lagi menyumbat gol di tempat sendiri daripada permainan terbuka dan masalah kebuntuan jaringan hanya akan mengundang masalah di penghujung musim.
- Southampton: Hanya satu kemenangan daripada 13 perlawanan menceritakan segala-galanya tanpa The Saints kendalian Mark Hughes boleh menyalahkan ketiadaan nasib semata-mata.
- Cardiff City: Pasukan bimbingan Neil Warnock ini mungkin kebuntuan hingga ke akhir dan hanya keajaiban dapat menyelamatkan mereka daripada tersingkir.
- Huddersfield: Pilihan hangat untuk diturunkan ke Liga Kejuaraan semula gara-gara apa saja yang dilakukannya serba tidak menjadi.
- Fulham: Slavisa Jokanovic dipecat hanya enam bulan selepas mereka dinaikkan dan Claudio Ranieri perlu mengulangi sentuhan ajaibnya ketika di Leicester andai mereka masih mengharapkan apa-apa.