Terlebih dulu penulis ingin mengucapkan tahniah buat pengendali Selangor, B Satianathan di atas kemenangan sulung pasukannya di Stadium Shah Alam musim ini minggu lalu.
Ternyata kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu FC dalam saingan Liga Super itu membuktikan, pemain-pemain kini juga semakin serasi dengan taktikal yang diterapkan Satianathan selepas permulaan musim yang kurang konsisten.
Tidak dinafikan, Faiz Nasir mencuri tumpuan selaku penjaring gol tunggal dan kemampuannya melancarkan gerakan yang kerap menggugat benteng lawan.
Namun, penulis turut tertarik dengan kelibat pemain muda Selangor iaitu K. Sarkunan.
Masuk sebagai pemain gantian menggantikan Endrick Dos Santos minit ke-16, kelibat Sarkunan mencuri tumpuan.
Sarkunan memainkan peranan sebagai pemain tengah bertahan (Defensive Midfielder) dengan cukup berkesan.
Tidak kira sama ada formasi 4-3-3, 3-4-3 atau 4-2-3-1, kelibat DM jelas amat penting dalam permainan bola sepak moden.
Pada pengamatan penulis, kelibat DM jelas tidak kelihatan ketika Selangor tumpas 4-0 dan 4-2 kepada PKNS serta Johor Darul Takzim dalam aksi liga di Shah Alam sebelum ini.
Difahamkan Sarkunan juga baru pulih daripada kecederaan dan penulis berharap, bekas pemain Piala Presiden dan Piala Belia Selangor itu akan terus mempamerkan aksi lebih matang selepas ini.
Kehadiran Sarkunan juga membolehkan Halim Saari lebih bebas di bahagian tengah untuk merancana gerakan.
Selain Sarkunan, seorang lagi pemain dalam skuad Selangor yang berupaya beraksi sebagai DM ialah Latif Suhaimi.
Apa pun, dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super kini pasti memulihkan semula moral pasukan mengharungi saingan musim ini.