Buat penyokong Manchester United, ini pandangan saya selaku seorang penyokong tegar seperti anda.
Paul Pogba, pemain yang United pecahkan rekod perpindahan dunia satu ketika dahulu bukanlah penyelamat yang kita sangkakan.
Akhirnya, saya tersentak daripada lamunan, ada sebab mengapa pengurus terulung dalam sejarah bola sepak moden melepaskan dia ke Juventus.
Baru saya sedar, Pogba hebat di Juventus kerana dia memiliki senior berpengalaman yang jadi sandaran seperti Andrea Pirlo, Claudio Marchisio dan Arturo Vidal antaranya.
Kebiasaannya, dia beraksi di sebelah kiri bahagian tengah dalam tiga serangkai Juventus ketika era Antonio Conte.
United mengembalikannya ke Old Trafford dan Pogba ditatang bagai minyak yang penuh dengan harapan menjadi Ikon seiring Roy Keane, Paul Scholes, Bryan Robson.
Tetapi, yang sentiasa menjadi cerita latar belakang adalah perseteruan dalaman dia dan pengurus United, Jose Mourinho.
Mourinho adil dan tegas jika diajukan persoalan mengenai pemain, lebih-lebih lagi yang berstatus bintang.
Pogba hilang hak sebagai antara timbalan kapten United. Ia selepas tutur katanya ketika pasca seri aksi menentang Wolverhampton menawarkan dia secara peribadi sudah menanti penghijrahan.
Tanggungjawab memakai lilitan itu diberi Mourinho sebagai simbolik perdamaian tatkala mempamerkan kelantangan mengkritik aksi Pogba, musim lalu.
Berbeza orang, berlainan perwatakannya, Pogba tidak seperti Luke Shaw yang bangkit matang sebagai bek kiri terbaik United waktu ini walaupun sering kali dikritik Mourinho.
Apakah Pogba pemain yang lebih baik jika kena siapa jurulatih pasukannya, sama seperti bersama Didier Deschamps di Perancis?
Minta maaf, N'golo Kante dan Kylian Mbappe memainkan peranan lebih besar berbanding Pogba dalam membantu Les Bleus muncul juara Piala Dunia di Russia.
Kesimpulan, pada pengamatan saya Pogba bukan seorang United yang tulen dan ada yang lebih layak bergelar kapten.
Pogba akan pergi meninggalkan United sambil jodoh Mourinho tidak akan berpanjangan di Old Trafford.
Ikon lahir dan menyinar, legenda datang dan pergi tetapi United tetap United.