Tepat 9.40 malam waktu Malaysia... bergemalah lagu Negaraku sebagai pelengkap kejayaan membanggakan Azizulhasni Awang menjulang kejuaraan dunia buat kali pertama.
Tiada perkataan yang mampu menggambarkan perasaan saya ketika menyaksikan pelumba basikal trek negara ini menamatkan perlumbaan selaku yang terpantas di Hong Kong.
Walaupun sekadar menonton di kaca tv, "goosebump" tetap dirasakan, malah kami keluarga Nadi Arena di bilik berita melompat kegembiraan.
Selepas 10 tahun mencuba, butiran perak dan gangsa yang diraihnya pada edisi-edisi terdahulu tidak pernah mematahkan semangat insan yang digelar The Pocketrocketman ini.
Lebih memilukan apabila juara acara keirin ini sendiri meluahkan betapa dia berhak untuk diangkat selaku pelumba terbaik dunia selepas pelbagai onak dan ranjau ditempuhi, termasuk hampir tidak dapat melayakkan diri ke pusingan akhir kerana di tolak juara dunia, Joachim Eilers.
Namun, kuasa tuhan menterbalikkan ketidakadilan yang diterimanya di pusingan kedua secara tunai menerusi kejayaan yang akan kekal dalam ingatan semua.
Bayangkan dia yang pada awalnya sedikit ketinggalan di belakang, mencelah di tengah-tengah kelompok pelumba dan tenaga yang entah datang dari mana membawanya jauh meninggalkan dua pencabar yang berada di ranking pertama dan kedua dunia, Tomas Babek dari Republik Czech dan Fabian Hernando Puerta Zapata dari Colombia.
Rasa sebak yang bertandang sejak tadi kembali terusik ketika kamera kejohanan memberikan tumpuan kepada jurulatih kesayangan Azizulhasni, John Beasley, yang bertuah dapat meraikan kejayaan ini bersama keluarganya.
Sempat saya mencari Jalur Gemilang lain yang dikibarkan rakyat Malaysia yang datang memberikan sokongan, walaupun Azizulhasni tidak diletakkan sebagai pilihan dan ketika saya menghabiskan penulisan ini, rasa teruja masih menebal di hati. Sesungguhnya ia kejayaan yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia.
Tahniah Azizulhasni Awang. Tahniah seluruh kem basikal negara.