Skip to main content

Rencana

PKNP.. Rumah kecil, tiang seribu

pknp22218.jpg
Semasa pasukan lain dalam Liga Super rancak memikat pemain-pemaih ternama dalam persiapan awal musim, tiada siapa tahu betapa sukarnya cabaran dilalui oleh jurulatih, Abu Bakar Fadzim.

Berdepan masalah bajet yang terhad, dia juga meratapi ketiadaan dua pemain import terbaik mereka di jentera serangan, Kim Hyeon Woo dan Gilberto Fortunato, yang memilih haluan berbeza.

Bagi isi kelompongan dalam pasukan, dia merekrut kembali pemain-pemain yang diasuh dakan skuad Piala Presiden pada 2011 hingga 2013 seperti Bryan See Tien Keat, Mohd. Ridzuan Azly Hussham dan Nor Hakim Isa serta mengekalkan Raffi Nagoorgani dan Hafiz Ramdan.

Biarpun bukan pemain dalam kategori 'superstar' dalam kancah Liga Malaysia, Abu Bakar atau mesra disapa Burn, ia sebenarnya satu kekurangan yang sebenarnya beri kelebihan kepada PKNP.

Mungkin ramai kurang percaya bahawa gaji pemain tempatan PKNP purata RM4,000 ke RM7,000, dengan hanya beberapa pemain berpengalaman mendapat gaji RM10,000  ke atas.

Selain itu, proses mengasah dan tunjuk ajar pemain lebih mudah malah corak latihan Burn difahamkan cukup keras bagi memastikan pemain berada di tahap kecergasan yang optimum.

Situasi ini menjadikan pemainnya mudah mendengar cakap tanpa ada banyak kepala atau kem dalam PKNP jika ada pemain berpengaruh.

Berbalik pada cabaran PKNP musim ini apabila diberi laluan pintu belakang ke Liga Super, ramai sangsi adakah pasukan ini bakal jadi lubuk tiga mata buat tiap lawan.

Empat perlawanan dilalui, biarpun sudah lalui dua kekalahan, mereka pamer tentangan hebat kepada Kedah sebelum tewas dan berjaya jinakkan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Burn berjaya maksima kemampuan pemain di dalam pasukan melalui kaedah motivasi jadikan platform di PKNP sebagai batu loncatan karier.

Selain itu, salah satu faktor yang tidak boleh dipandang sepi ialah keputusan Shahrel Fikri Md.Fauzi untuk kekal biarpun dapat tawaran JDT.
 
Dilihat ikon kepada rakan sepasukan, Shahrel mampu jadi ‘X Factor’ atas semangat juang yang dimiliki yang mampu jadi nilai tambah tersendiri kepada pasukan.

Bajet kecil tetapi pemain diasuh, Burn nyata mempunyai jiwa yang besar bila bertarung di atas padang.

Syabas PKNP, moga penghormatan diterima musim lalu mampu diteruskan tahun ini.

 

Advertisement

Must Watch Video