Enam pasukan pilihan, dua pasukan underdog, suku akhir Piala Malaysia 2017 tampak lebih menarik berbanding musim lalu.
Jika musim lalu membabitkan beberapa pasukan kurang ternama di peringkat lapan akhir tetapi kali ini jelas sekali berbeza apabila pasukan-pasukan yang lebih sinonim sebagai gergasi tanah air kembali bersaing merebut prestij kejuaraan Piala Malaysia.
Lapan pasukan yang beraksi di peringkat suku akhir pada musim lalu adalah Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, PDRM, Selangor, PKNS FC, T-Team dan Felda United, namun beberapa pasukan kali ini nyata lebih gah membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah, Pahang, Felda United, Selangor, Perak, Melaka dan PKNP FC.
Apa yang menarik untuk cabaran kali ini, enam daripada lapan pasukan terbabit kini merupakan enam pasukan teratas dalam Liga Super diketuai JDT, Kedah, Pahang, Felda United, Selangor dan Perak sekali gus meletakkan enam pasukan itu sebagai pilihan untuk kempen 2017.
Bukan hendak memperkecilkan PKNP dan Melaka, tetapi mungkin kedua-dua pasukan ini lebih sesuai dilabel underdog apatah lagi PKNP FC muncul wakil tunggal dari Liga Perdana.
Untuk rekod, tahun ini merupakan musim kedua semua pasukan bersaing dengan format baru Liga Malaysia di mana saingan liga berjalan serentak dengan kempen Piala Malaysia.
Mungkin, rata-rata pasukan sudah membiasakan dengan keadaan saingan musim penuh dari awal hingga hujung tahun sekali gus menyaksikan kemeriahan Piala Malaysia kembali dirasai menerusi kemaraan pasukan-pasukan handalan tanah air.
Melihat kepada empat perlawanan suku akhir kali ini, JDT dan Felda United diramal mampu meneruskan kemaraan ke separuh akhir berdasarkan reputasi pasukan lawan dan faktor kualiti pemain kedua-dua pasukan berkenaan.
Bagi dua perlawanan lain pula agak seimbang, Kedah menentang Selangor ibarat ulangan final musim lalu. Meskipun bukan lagi di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe, Lang Merah tetap memiliki aura sang juara di bawah kendalian Nidzam Adzha Yusoff.
Sementara itu, skuad gergasi merah kuning kali ini tampil dengan barisan yang berlainan di bawah pimpinan P. Maniam. Memiliki pemain muda berbakat, kemampuan pemain berpengalaman seperti Razman Roslan juga mampu membawa skuad Red Giants berada di pentas final buat kali ketiga berturut-turut sejak 2015.
Perak bertemu Pahang juga dianggap sebagai pertemuan buku dengan ruas. Tatkala The Bos Gaurus menunjukkan prestasi yang agak menyakinkan di bawah bimbingan Mehmet Durakovic, Pahang pula miliki reputasi hebat yang mampu memastikan mereka mara lebih jauh kali ini walaupun kehilangan nakhoda Dollah Salleh sehingga akhir musim ini.